Laluan di Himalaya merupakan antara laluan paling mencabar di dunia dan menjadi impian buat thrill seekers untuk mencuba dan menawan laluan penuh liku tersebut.
Justeru itu, 10 bikers dari Malaysia yang bakal diketuai oleh Mohamad Nizam Kastor menyahut cabaran untuk menjadi antara kumpulan motosikal pertama dari Malaysia membuat explorasi bermotosikal ke Lower Mustang, Banjaran Himalaya, Nepal.
Ekspedisi Royal Enfield Himalaya Moto-Adventure, Explore The Unexplored ini akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 4 hingga 13 November 2023.
Mohamad Nizam Kastor, 53 merupakan individu yang sangat berpengalaman dalam bidang permotoran di Malaysia dan menurutnya, ekspedisi ini bakal memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada 9 ahli yang lain yang bakal ke sana buat pertama kali.
“Kami semua peminat motosikal daripada pelbagai jenama motosikal dan sudah ride ke banyak negara. biasa kami ride jalan biasa dan cantik. Kali ini kami mahu explore Nepal dan Himalaya sebab jalan dia berbeza. Kalau dibuat peratusan, 60 peratus jalan batu kerikil di pergunungan, 40 peratus sahaja jalan tar. Pemandangan nanti memang cantik dan paling istimewa para peserta akan nampak pemandangan Himalayan Golden Peak nanti,” terang Nizam.
Sepanjang mereka di sana, mereka akan menggunakan motosikal Royal Enfield Classic 350cc. Wakil Royal Enfield Malaysia, Muhamad Nizamuddin Ramli berkata terdapat pelbagai variant untuk motosikal Royal Enfield dan model Classic 350cc dipilih kerana sejarahnya dan dikenali kerana ketahanannnya untuk digunakan di atas jalan biasa dan off-road.
Kekal relevan sejak 1901
Setelah dilancarkan motosikal ini pertama kalinya di Stanley Cycle Show di London pada tahun 1901, ia merupakan jenama motosikal tertua dengan pengeluaran yang masih berterusan sehingga kini.
Royal Enfield Classic 350cc memang sebenarnya direka serta dibina untuk menghadapi suasana keadaan rupabumi pergunungan Himalaya dan kerana itulah ianya sangat popular serta dekat di haL pengguna di India, Pakistan dan Nepal.
“Ramai yang tanya kenapa kami pilih untuk naik motosikal ini (Classic 350). Salah satu sebab mengapa kita pilih motosikal ini adalah kerana CC nya yang rendah. Bila cc tidak besar, torque dia rendah. Jadi, bila kita lalu di laluan berbatu, ia tidak akan mudah tergelincir, mudah untuk kita kendalikannya.
“Laluan yang bakal kami susuri nanti adalah laluan kenderaan tertinggi yang boleh dilalui oleh motosikal. Laluan yang bakal kami lalui nanti bukan seperti jalan raya di Malaysia yang cantik. Ia laluan berbatu; nak laju memang tak boleh dan perlu menunggang motosikal dengan penuh hati-hati.
“Kami menjangkakan cabaran menunggang di Nepal cukup berbeza kerana terdapat salah satu laluan membabitkan sejauh 48 kilometer (km) sahaja namun ia perlu mengambil masa sehingga enam jam untuk melepasinya,” kata Nizam.
Dari segi keselamatan para peserta pula, Nizam berkata setiap seorang daripada mereka diwajibkan untuk beli insurans khas kerana sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak dijangka di sana, mereka sudah ada perlindungan insurans.
Selain itu, seorang ‘Tour Leader’ dari Nepal akan mengepalai konvoi ini selain akan dibantu dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta seorang mekanik di sepanjang ekspedisi.
Jelajah explorasi motosikal ini akan menyusuri bayangan pergunungan Annapurna (8,901m), Dhaulagiri (8,167m), Tukuche (6,920m) dan gunung Nilgiri (7,061m) menjanjikan satu pengembaraan yang menakjubkan kepada para peserta.
Perjalanan 9 hari ini turut akan membawa para peneroka mengharungi liku-liku jalan daripada Kathmandu ke Pokhara, yang merupakan Bandar Pelancongan terkemuka di Nepal juga kepada pendaki-pendaki serata dunia.
Selepas Pokhara, para peserta akan meneruskan perjalanan menuju Kalopani melalui Jomsom, menyeberangi Sungai Kaligandaki sebelum menempuhi ladang-ladang oren serta epal dan sampai ke Muktinath dengan ketinggian melebihi 3,800 meter.
Rock Station menjadi penaja pakaian kasual kepada para peserta Royal Enfield Himalaya Moto-Adventure 2023 dan turut serta sebagai penaja sampingan adalah tempat makan terkemuka The Podium.