Pada hari ini, anda sendiri merasai sangat panas dan bahang walaupun berada di dalam rumah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini sudah pasti berkait dengan pemanasan global yang kian melarat dari semasa ke semasa.

Menurut laporan The Independent, glasier di Himalaya kini mencair pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang mana boleh menjadi malapetaka bagi seluruh dunia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Climate Institute

Lebih teruk lagi, glasier ini juga berkemungkinan mencair sehingga 80% daripada jumlahnya pada abad ini jika bumi terus panas.

Menurut laporan Pusat Antarabangsa bagi Pembangunan Gunung Bersepadu (Icimod), perubahan kepada bongkahan, salji dan permafrost di rantau Hindu Kush Himalaya (HKH) yang didorong oleh pemanasan global adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dan sebahagian besarnya tidak dapat dipulihkan.

Pakar memberi amaran bahawa akibat buruk menanti kepada bumi jika kawasan kriosfera yang merupakan kawasan di Bumi yang dilitupi salji dan ais, mengalami pemanasan global dan anomali.

Jelasnya, akibat pencairan glasier Himalaya boleh menjadi malapetaka bagi seluruh dunia. Perkara ini mendorong kepada kandungan air yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan ekosistem yang sedia ada.

“Glasier HKH adalah komponen utama sistem Bumi. Dengan 2 bilion orang di Asia bergantung kepada air yang ‘dipegang’ oleh bongkahan dan salji di sini, ia sememangnya akan memberi kesan.

“Kehilangan kriosfera akan menjadi sesuatu yang terlalu besar untuk direnungkan,” kata Izabella Koziell, timbalan ketua pengarah Icimod.

Difahamkan, bongkahan yang juga dikenali glasier Himalaya sebenarnya telah kehilangan 65 peratus lebih cepat sejak 2010 berbanding dekad sebelumnya.

Pencairan yang tidak pernah berlaku sebelum ini akan memberi kesan kepada lebih 2 bilion penduduk yang bergantung kepada sungai yang mengalir dari pergunungan itu untuk sumber air tawar, serta komuniti yang lebih terdedah kepada kejadian cuaca ekstrem.

Laporan yang dihasilkan ketika gelombang haba marin di wilayah Atlantik utara itu memecahkan rekod dan membimbangkan para saintis di seluruh dunia.

Kajian itu turut memberi amaran bahawa apabila glasier mencair lebih cepat berbanding sebelumnya, wilayah tersebut diletakkan di bawah ancaman peningkatan banjir kilat dan runtuhan salji.

Bahkan, fenomena ini bakal menjejaskan ketersediaan air tawar untuk berbilion penduduk yang tinggal di hilir 12 sungai yang berasal dari kawasan pengunungan.

Malah, pencairan glasier HKH telah memainkan peranan penting dalam bencana baru-baru ini. Ini termasuk dalam banjir besar di Pakistan tahun lepas yang mengorbankan seramai 1,700 orang.

Terdapat beberapa laporan awal yang mendapati kriosfera adalah antara yang paling teruk terjejas oleh krisis iklim. Penyelidikan terkini mendapati bahawa glasier Gunung Everest, sebagai contoh telah kehilangan 2,000 tahun ais dalam tempoh 30 tahun yang lalu.