Gara gara kesilapan syarikat penerbangan AirSial dari Pakistan, seorang lelaki yang sepatutnya pulang ke Karachi dari Lahore berdepan dengan detik tidak dijangka.

AirSial adalah penerbangan asal Pakistan yang berpangkalan di Sialkot.

Di mana dia terpaksa melalui proses deportasi di Arab Saudi. Lelaki tersebut malah melalui pelbagai siasatan dan prosedur keselamatan negara Arab Saudi.

Segalanya bermula apabila lelaki tersebut tersilap naik pesawat. Ketika kapal terbang mendarat dia mendapati dirinya berada di Lapangan Terbang Jeddah di Arab Saudi.

airsial

Lelaki bernama Malik Shahzain itu berkongsi pengalaman yang dianggap sangat mengerikan itu.

Dia sempat menunjukkan pas pelepasannya. Namun staf penerbangan pula yang menyemak tiketnya telah membenarkan dia masuk ke dalam pesawat itu.

Gara gara AirSial, mendarat di Saudi

Dia kemudian merasa pelik kerana rata rata penumpang di situ bukan dari Pakistan.

“Saya mulai bertanya kepada diri sendiri: ‘Di mana agaknya pesawat ini akan mendarat nanti.’

“Ketika itu barulah saya sedar bahawa saya telah tersilap naik pesawat.”

Dia kemudian terkejut ketika diminta untuk menunjukkan pasport dan juga dokumen berkaitan dengan perjalanan antarabangsa.

Sedangkan selama ini dia hanya menunjukkan kad pengenalan untuk penerbangan domestik.

Kemudian dia dimaklumkan bahawa dia bukan berada di Pakistan, namun sudah berada di Arab Saudi.

Dia ditahan kerana tiada pasport. Dan selepas melalui proses siasatan yang sangat rumit akhirnya dia dihantar pulang atau proses deportasi balik ke Pakistan.

Lebih mengecewakan apabila Malik mendakwa Airsial tidak mahu menanggung kos penerbangan untuk dia pulang  ke Karachi. Sebaliknya dia terpaksa menggunakan wang  sendiri.

Agensi Penerbangan Pakistan atau PAA mengesahkan bahawa mereka sudah maklum akan insiden itu dan menyatakan bahawa AirSial sepatutnya bertanggungjawab di atas kelemahan sistem mereka.

PAA turut mewakili Malik melancarkan tindakan perundangan ke atas AirSial. Mereka menuntut saman yang sangat besar kerana kesilapan yang dilakukan AirSial.

Seterusnya, netizen turut kehairanan, bagaimana Ahmed boleh melepasi pemeriksaan imigresen di Lahore tanpa mengemukakan pasportnya masih menjadi tanda tanya.

Netizen melabel pihak lapangan terbang juga terukk dan menggelarkan ia sebagai kegagalan sistematik yang memudaratkan negara.

Malik bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan Saudi yang mengendalikan kesnya dengan sangat baik dan lancar.