Di wilayah Putian, China, dua pelajar sekolah menengah rendah kini berdepan tuntutan saman kira-kira 220 ribu yuan atau sekitar RM124,300 selepas membantu seorang wanita yang terjatuh dari basikal.
Pada 19 Februari 2026, seorang wanita yang sedang menunggang basikal terjatuh di sebuah selekoh jalan.
Dalam video rakaman, dua pelajar perempuan yang melalui tempat kejadian berhenti dan membantu wanita tersebut bangun serta mengangkat basikalnya dan wanita itu.

Pelajar tersebut sedaya upaya membantu wanita warga emas itu kerana takut dia dilanggar kenderaan lain.
Namun apa yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan. Wanita itu telah membuat laporan polis mendakwa 2 pelajar tersebut telah menjadi punca kemalangannya kerana dia terkejut melihat basikal elektrik mereka.
Hasil siasatan pihak polis trafik mendapati tindakan salah seorang pelajar dipercayai ‘menyumbang secara sekunder kepada kemalangan tersebut’.
Akibatnya, pelajar itu ditetapkan bertanggungjawab secara sekunder dan perlu membayar ganti rugi seperti yang dituntut wanita itu.
Pelajar China tersebut jadi trauma
Ibu salah seorang pelajar terbabit berkata anaknya hanya bertindak daripada niat baik, dan kerana saman itu bukan sahaja memberi tekanan kewangan kepada keluarga, tetapi turut menyebabkan “trauma psikologi serius” kepada anaknya.

Ibu pelajar itu menegaskan bahawa, anaknya tidak melakukan apa apa kesalahan, hanya melalui kawasan tersebut seperti penunggang basikal yang lain. Dan berharap rakaman video yang tular akan membantu anaknya bebas daripada pertuduhan dan hukuman.
Mahkamah menerima tuntutan kes ini, dan pendengaran akan berlangsung pada 26 Februari 2026.

Isu ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat China dan netizen, terutama tentang kesediaan orang ramai membantu orang lain yang memerlukan pertolongan, setelah beberapa insiden yang hampir sama berlaku sebelum ini.
Di internet netizen menganggap kes ini satu lagi kes terbalik terkena diri sendiri akibat berbuat baik. Ada juga menganggap ini satu lagi kes ‘easy money’ atau cara senang buat duit.
A woman in China fell from her bicycle. Two middle schoolers on an e-bike stopped to assist her, but traffic authorities assigned them partial blame. The woman says she was startled and is seeking 220,000 yuan in damages from the girl’s family. Her mother claims the incident has… pic.twitter.com/WTcUZ3apEM
— JM NEWS NETWORK (@JMNewsNetwork_) February 20, 2026
Kini kes ini turut menjadi perhatian warga China yang mahu mahkamah membuat keputusan seadilnya. Dan jika mahkamah meneruskan untuk menghukum 2 pelajar itu, ianya bakal menjadi rujukan kepada kes di masa akan datang.