Sebanyak 10 jenama tempatan berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori masing-masing dalam majlis berprestij Anugerah Penjenamaan Dunia (World Branding Awards) 2026-2027.

Majlis penyampaian anugerah itu telah berlangsung dengan gilang-gemilang di Istana Hampton Court, London, dan dihadiri oleh lebih 80 tetamu kehormat dari seluruh dunia bagi meraikan kejayaan jenama-jenama terbaik global.

Pada edisi kali ini, seramai 105,000 pengguna dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam proses undian melibatkan 2,000 jenama daripada 62 buah negara merentasi pelbagai kategori.

Daripada jumlah pencalonan yang sengit itu, kurang daripada 10 jenama bagi setiap negara berjaya meraih pengiktirafan tertinggi sebagai Brand of the Year.

Berikut merupakan senarai penuh jenama dari Malaysia yang berjaya membawa pulang anugerah berprestij tersebut mengikut kategori dan peringkat masing-masing:

1. MR. D.I.Y. | Peruncit Pembaikan Rumah | Serantau (Regional)

2. Farm Fresh | Produk Tenusu | Kebangsaan (National)

3. Getha | Perabot – Tilam & Peralatan Tidur | Kebangsaan (National)

4. Munchy’s | Biskut | Kebangsaan (National)

5. 99 Speedmart | Kedai Serbaneka | Kebangsaan (National)

6. Beryl’s | Konfeksioneri – Coklat | Kebangsaan (National)

7. CIMB | Perbankan | Kebangsaan (National)

8. Spritzer | Air Mineral | Kebangsaan (National)

9. TNB | Tenaga – Kuasa | Kebangsaan (National)

10 Focus Point | Peruncit Optik | Kebangsaan (National)

Kejayaan kesemua jenama ini membuktikan keupayaan syarikat tempatan dalam mengekalkan kualiti produk serta kepercayaan pengguna sehingga mampu bersaing di peringkat serantau dan global.