Hidup ini adalah suatu pengembaraan. Dan betapa sayangnya jika kita hanya tinggal dalam zon selesa kita dan tidak mencuba sesuatu yang baru.

Artikel ini diwujudkan untuk menggalakan gaya hidup sihat melalui aktiviti treking dan hiking. Dah lah ekonomi kita sedang merosot, apa kata kita explore dulu keindahan alam sekitar yang ada di Malaysia.

Mantan Menteri Belia dan Sukan kita sendiri mengaku bahawa alam sekitar di Malaysia sebenarnya amat cantik jika dibandingkan dengan negara luar.

Bagi mereka yang tak habis-habis dan jemu nak komen “tak ajak pun” di media sosial, jadi kan artikel ini untuk memberi inspirasi untuk ‘mengajak’ kawan-kawan anda. Bukankah tangan yang memberi (mengajak) lebih baik dari tangan yang menerima (menerima ajakan)?

Kesemua adventure destination dalam artikel ini sesuai untuk dijadikan aktiviti daypack di hujung minggu.

1. Bukit Tabur

bukit-tabur-1

Bukit Tabur juga terkenal di kalangan pendaki-pendaki baru. Siapa yang keberatan nak memandu jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya.

Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, anda juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak. Mencabar dan menarik pada masa yang sama. Panjat punya panjat, kalau tertengok bawah kecut jugak bro!

Ada 2 trail untuk bukit ini; Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek nya yang lebih user-friendly.

Walaupun user-friendly, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.

Bukit Tabur

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.

2. Bukit Broga

bukit-broga

Kalau sebut je pasal nak start hiking, mesti ramai orang akan recommend Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking.

Tak terlampau susah, tak terlampau senang. Bak kata omputih, just nice gitu. View kat puncak pun memang terbaik. Scene org photoshoot gambar kahwin memang normal lah kat sini.

Tapi satu je, sebab dia famous sangat and easily accessible, silap haribulan kena redah “traffic jam” nak naik ke puncak.

Jumpa lagi ngan puak-puak yg tak reti nak kasi can kat org lain nak bergambar, memang menyirap beb. Haha!

Bukit Broga

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 1 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan

Baca: Ini Bukan Luar Negara, Tetapi Bukit Keluang, Besut Yang Menggamit Rasa

3. Sungai Pisang

sungai-pisang
Foto via bukitpuchongadventureteam.blogspot.com

Susah nak ‘Pishang’ di Sungai Pisang. Ada air terjun dan sungai yang jernih memang amat menyegarkan. Pokok-pokok pun banyak nak buat hammock party. Hammock party je tau, parti-parti lain yang tak senonoh tidak dibenarkan.

Air terjun di sini amat terkenal dengan aktiviti waterfall abseiling dan zipline. Tak berminat main tinggi-tinggi? Gayat? Mandi manda di air sungai, layan massage di air terjun pun cukup feeling dah.

Sungai Pisang ni amat dekat dengan pusat bandar, terletak di tepi Highway Karak. Tidak digalakkan untuk parking di tepi jalan kerana banyak kes pecah kereta. Jalan alternatif yang lebih baik adalah melalui Jalan Gombak Lama. Pastikan anda buat study dulu sebelum mula hiking.

Sungai Pisang

Kesimpulan
Lokasi: Gombak, Selangor. 40 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 – 40 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

4. Sungai Chiling

sungai-chiling

Air terjun yang terdapat di Sungai Chiling boleh dikatakan yang terbaik yang ada di Selangor. Sungai yang jernih ditambah dengan anak-anak ikan yang berenang keriangan pasti akan membuat anda bahagia.

Terdapat yuran yang amat minima dikenakan sebelum mula trekking ke air terjun. Bilangan bag plastik dan bekas makan juga akan dikira sebelum masuk dan deposit akan dikenakan.

Deposit akan dikembalikan apabila jumpa plastik/bekas yang dibawa masuk sama dengan yang dibawa keluar. So pendek cerita, memang bersih la Sungai Chiling ni. For sure boleh ‘Chilling’ di Chiling.

Sungai Chiling

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor. 1 jam 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

5. Mossy Forest

mossy-forest
Foto via romigarduce.blogspot.com

I think I’m quite ready for another adventure” ujar Bilbo Baggins. Tak kenal Bilbo Baggins? Hmm kesian.

Bila anda trekking di Mossy Forest, anda akan rasa seolah-olah di dalam filem ‘Lord of the Rings’. Pokok berlumut, kabus, sejuk, nafas berkabus semua ada di Mossy Forest. Nasib baik Nazgul takde (LOTR fans will know)

Disebabkan iklim yang sejuk dan lembap, keadaan trek agak berlumpur. Kasut yang boleh diikat kemas amat digalakkan. Kalau tak amat tinggi kebarangkalian kasut tertinggal dalam lumpur.

Mossy Forest

Kesimpulan
Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highlands. 3 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 -4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Baca bagaimana pasangan ni ke Mossy Forest untuk Mengenang Momen Perkenalan Mereka Dengan Melakukan ‘Wedding Photoshoot’

6. Lata Medang

lata-medang
Foto via meetup.com

Adakah anda peminat Air Terjun? Kalau ya, Lata Medang ada tempat hiking yang terbaik untuk anda!

Trek Lata Medang agak licin (kena redah sungai) dan kasut yang sesuai amat diperlukan. Tak perlu nak hiking shoe bagai, kasut getah RM5 pun okay (tak ada alasan).

Amat digalakkan untuk membuat sedikit study sebelum memulakan trip hiking ke Lata Medang.

Tiada papan tanda sepanjang perjalanan dan terdapat banyak simpang-simpang yang menyesatkan. Ada kemungkinan hiking punya hiking, tiba-tiba sampai kat Bukit Kutu. Masakkk.

Lata Medang

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bahru, Selangor. 1 jam 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Perlu pergi bersama orang yang pernah sampai ke Lata Medang untuk first timer.

7. Lata Jerangkang

lata-jerangkang

Anda ada 4×4 (powil) tapi tak pernah guna gear 4×4 tersebut? Apa kata test kebolehan 4×4 tersebut untuk sampai ke Lata Jerangkang. Jalan offroad yang agak jauh dan mencabar pasti akan memberikan anda adrenaline rush!

Tapi kalau tak ada powil pun usah risau. Terdapat servis powil yang akan menghantar anda ke hiking point. Perjalanan offroad 40 minit pasti akan membuat buntut anda berasa kebas-kebas semut.

Kalau nak guna kereta sendiri pun boleh. Boleh tanggung sendiri akibatnya.

Kerana lokasi Lata Jerangkang yang agak dalam dan jauh daripada pencemaran, air terjun dan sungai di sini amat jernih. Kalau bernasib baik, boleh melihat burung hornbill terbang keriangan. Terdapat juga tempat untuk free dive (tiruk) setinggi 15 kaki untuk adrenaline addicts.

Lata Jerangkang

Kesimpulan
Lokasi: Maran, Pahang. 2 jam 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Baca: Lihat Apa Terjadi Bila 7 Remaja Ini Keluar Mencari Cinta Di Jerangkang

8. Canopy Walk

canopy-walk-kepong
Foto via backpackingmalaysia.com

Nampak senang kan? Tapi jangan sesekali memandang enteng ya. Tarikan utama adalah jambatan gantung setinggi 30 meter dari aras tanah.

30 meter tak tinggi? Tahu tak ketinggian lelaki dewasa di Malaysia pun kurang dari 2 meter? Tinggi bang, memang gayat goyang lutut gak weiii.

Di sepanjang Canopy Walk, anda boleh melihat bangunan yang tinggi di pusat bandar KL. Terdapat juga kawasan lapang yang berdekatan dengan air terjun, sesuai untuk piknik.

Nota dari Website FRIM
We wish that some information in the post could be edited as for safety reason, FRIM has decided recently a guide must be engaged for all visitors visiting the Canopy Walkway.”

Canopy Walk

Kesimpulan
Lokasi: Kepong, Kuala Lumpur. 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

9. Bukit Batu Putih

bukit-batu-putih
Foto via lensadedey.blogspot.com

Hiking santai-santai dan apabila sampai di puncak, dapat melihat view laut biru yang amat cantik. Itulah definisi keindahan.

Puncak bukit ini amat sesuai untuk permandangan sunrise dan sunset. Kalau takleh bangun awal pagi, layan sunset je lah jawapannya.

Terdapat satu tanjung api di Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado lighthouse yang merupakan lighthouse pertama di Malaysia. Dipercayai dibina pada abad ke-16, sewaktu penjajahan Portugis.

Bukit Batu Putih

Kesimpulan
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan. 1 jam 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

10. Bukit Gasing

bukit-gasing
Foto via fana164.blogspot.com

Bukit Gasing juga merupakan tempat terbaik untuk first-time hikers. Terletak di tengah-tengah kota sesak antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, tempat ini telah menjadi trek popular untuk aktiviti hiking santai di hujung minggu.

Antara tarikan utama di sini adalah watch tower dan jambatan gantung yang merentasi sungai yang akan memberi sedikit rasa cemas. Anda boleh melihat permandangan sekitar melalui watch tower.

Bukit Gasing

Kesimpulan
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor. 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.