Berdasarkan data terbaru dari Forbes bertarikh 27 Mei 2025, senarai orang terkaya di Asia kekal dikuasai oleh dua nama besar dari India – Mukesh Ambani dan Gautam Adani.

Mukesh Ambani, pemilik empayar Reliance Industries, terus mengekalkan kedudukan sebagai orang terkaya di Asia dengan kekayaan yang dianggarkan mencecah USD108.2 bilion.

Ambani bukan sahaja gah di India, malah beliau kini berada di tangga ke-17 orang terkaya di dunia.

Syarikat beliau aktif dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, telekomunikasi dan runcit — memang “jack of all trades” dalam skala mega.

Orang terkaya

Di tempat kedua, Gautam Adani, tokoh penting di sebalik Adani Group yang menguasai pelbagai perniagaan komoditi dan logistik, mempunyai kekayaan sekitar USD66.6 bilion.

Walaupun jumlah itu masih jauh berbeza dari Ambani, Adani masih mengekalkan reputasi sebagai antara ahli perniagaan paling berpengaruh di Asia.

China Ramai Orang Terkaya: TikTok, Air Mineral & Game Tech

Tempat ketiga hingga kelima pula dihuni oleh tiga tokoh hebat dari China – Zhang Yiming (USD65.5 bilion), bekas CEO ByteDance, syarikat induk TikTok, Zhong Shanshan (USD58.6 bilion), pemilik syarikat air mineral Nongfu Spring, dan Ma Huateng (USD53.1 bilion), CEO Tencent, syarikat gergasi teknologi dan gaming yang menghasilkan WeChat serta banyak permainan mudah alih popular.

Orang terkaya

Ada Wakil Malaysia?

Tiada nama dari Malaysia yang berjaya menembusi senarai 10 teratas.

Tokoh-tokoh hartawan dari China dan Jepun masih menguasai tempat, seperti Tadashi Yanai dari Uniqlo (USD47.7 bilion), dan beberapa lagi nama besar dalam sektor e-dagang dan teknologi.

Orang terkaya

Walaupun begitu, Malaysia masih mempunyai beberapa bilionair yang berada dalam kelompok Top 100 Asia — antaranya Robert Kuok, namun kedudukannya kini telah jatuh akibat pasaran tradisional yang semakin dikuasai teknologi digital.