Ingat tak kali pertama anda mula bekerja?
Pertama kali menyewa rumah, pertama kali beli motor atau kereta, pertama kali pegang duit sendiri, pertama kali bayar bil, dan bagi sesetengah orang, pertama kali terjumpa calon untuk dijadikan pasangan hidup. Aah banyaknya pertama kali, dan terlalu banyak benda yang tidak diketahui. Mujur bagi sesiapa yang mempunyai ibu bapa, ada tempat untuk bertanya dan mendapat kepastian.
Apa motor atau kereta terbaik untuk dibeli dengan bajet ciput, bagaimana nak uruskan wang dan bagaimana nak uruskan kehidupan – terlalu banyak soalan hendak ditanya tetapi terlalu sedikit jawapannya. Kadang-kala terfikir, oh mengapalah perkara-perkara ini tidak diajar ketika zaman belajar dahulu.
Ini dia 10 perkara asas yang patut kita tahu tetapi tidak diajar di sekolah:
https://www.youtube.com/watch?v=SxnSsU4raSo
Ya, memang perkara-perkara di atas tidak diajar, tetapi janganlah menjadi terlalu negatif. Tiada kebaikan kita akan dapat dengan merungut. Carilah guru untuk belajar, dan rajin-rajinkan diri membaca Vocket, kerana kami akan berkongsi maklumat tentang kelompongan ini dari semasa ke semasa.
Dan apabila jadi ibu bapa kelak, sama ada kita perlu meminta kerajaan menyediakan kurikulum yang lebih baik, atau menyediakan kelas tambahan, atau sekolahkan anak-anak anda di institusi yang memberi pendedahan kepada hal-hal ini. Atau kita sendiri boleh persiapkan diri untuk mengajar anak-anak kita tentang 10 perkara asas ini. Tepuk dada tanya selera.
BACA: Sekolah Alaf Baru, AltSchool, Menerima Suntikan Modal USD $100 Juta Daripada Mark Zuckerberg