Kementerian Luar Negeri Thailand mengeluarkan kenyataan penghargaan kepada Malaysia di atas pertolongan yang dihulurkan sehingga 10 rakyat Thai dibebaskan oleh Hamas.

Menurut laporan antarabangsa, Kementerian Luar Negeri Thailand menyatakan bahawa 10 warga Thailand yang dijadikan tebusan kini sudah dibebasakan, dan telah memasuki Israel melalui Lintasan Sempadan Rafah.

Baca Juga:

“Kerajaan Diraja Thai merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dalam memastikan pembebasan tebusan ini, iaitu Kerajaan Qatar, Israel, Mesir, Iran, Malaysia, dan ICRC,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan Associated, Hamas membebaskan 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina bersama tebusan Israel yang merupakan sebahagian daripada pertukaran pertama di bawah perjanjian gencatan senjata baharu — termasuk empat warga Thailand yang tidak disenaraikan secara rasmi sebagai diculik.