Assalamualaikum

Siapa yang di Jepun jangan baca ni. Atau anda akan berhabis duit di 7E atau family mart atau Sunkus atau apa sahaja convinience store.

Meh saya share 10 makanan yang saya suka dekat convinience store Jepun (dan of course tak haram).

Disclaimer: Tolong semak bahan-bahannya sebelum beli. Sebab bahan-bahan boleh berubah bila bila masa.

No 1: Coklat Macadamia Meiji.

makanan-halal-jepun-7

Ya Allah. Sedap kot. Saya selalu bagi kepada keluarga terdekat. Lagipun kacang Macadamia ni susah jumpa dekat Malaysia.

No 2: Pudding!

makanan-halal-jepun-8

Mesti mesti mesti try test cuba. Boleh nangis. Sebab nak kena beli banyak kali. Sesiapa di Jepun tolong check brand mana yang boleh. Glico ke, Morinaga ke, Meiji ke.

No 3: Shu cream

makanan-halal-jepun-1

Alah. Yang macam papa beard tu. Kat Jepun boleh beli di Kombini je. Murah dan sedap!

No 4: Semestinya mesti ada Onigiri

makanan-halal-jepun-2

Cari salmon. Tuna. Sea-Chicken. Katsuo dan beberapa onigiri yang boleh dimakan. Kenyang, cepat dan kenyang.

No 5: Potato chips

makanan-halal-jepun-6

Tapi cari yang rich cut (maksud saya yang berketak-ketak chips dia tu). Kalau ada yang tulis Premium Kokkaido atau Butter, lgi sedap.

No 6: Ice cream super cup

makanan-halal-jepun-9

Even waktu musim sejuk pun dok kejar ice cream ni.

No 7: Air Van Houten

makanan-halal-jepun-3

Water that steal my money. Gimme back!

Baca: 4 Restoran Halal Di Tokyo Untuk Anda Cuba Bila Travel Ke Sana

No 8: Sandwich strawberry

makanan-halal-jepun-4

Ni pun satu. Aih aih. Sedap sangat!

No 9: Puchi choco rangudosha! (payah nak sebut)

makanan-halal-jepun-5

Ni pun jenis dah start tak boleh berhenti makan.

No 10: Special mention; Umai bou.

makanan-halal-jepun-10

Umai bou ni ada banyak jenis. Beli perisa jagung dan beberapa perisa lain. Tapi kena semak betul betul bahan dia. Sebab ada yang terang-terang tak boleh.

Ada banyak lagi. Tapi cukuplah . Nanti korang borong semua.

Disclaimer 2: Saya telah keluarkan Jagariko dan pau kacang merah atas asbab ada yang maklumkan tak boleh makan. Selain itu sekali lagi saya nasihatkan, sila semak bahan-bahan untuk senarai makanan di atas. Terutama kalau ada bahan melibatkan nyukazai dan gelatin.

Baca juga ‘Wajib Bertanyakan Halal’, Pengalaman Manis Saya Dengan Gerai Kecil Di Jepun