Nota Editor: Idea berikut adalah daripada Khairul Hakimin Muhammad di akaun Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk para adik-adik yang sedar belajar.

Pelajar Universiti Koyak Usus Akibat Berlapar. Ya Tuhan. Begitu sekali kau orang berlapar.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Begini adik-adik, abang tadi bersembang kencang lepas kerja sampai berdarah hidung. Sembang kat WhatsApp je pun. Kahkahkah. Ada yang salahkan YB sorang tu, ada juga yang tiba-tiba menyampuk iklan Tone Excel. Hangin dibuatnya.

Oleh kerana banyak sangat isi penting masa perbualan tadi, isteri pun belum balik lagi maka abang rajinkan diri buka laptop dan senaraikan 10 idea kerja part time untuk korang.

Abang sendiri dulu ambil upah bersihkan lobi dewan makan. Kemudian masa ambil degree abang kerja di Katering di Klang. Best. Sampai sekarang tak kurus-kurus dibuatnya.

Sungguh dik, ada banyak perkara kita dapat buat masa belajar. Janganlah sampai berlapar. Kesian sungguh kau orang ni.

Bacalah baik-baik dan sebarkan pada kawan-kawan lain ya. Semoga boleh bantu mana yang patut. Kau jangan pulak PM abang suruh buat assignment. Bergaduh kita nanti.

1. Kerja kedai makan

idea-kerja-sambilan-1

Curi masa untuk pergi kerja kedai makan. Kerja kedai makan ini kau akan dapat tiga benda. 1, duit (walau sikit). 2, makan. Itu sangat penting supaya kau tak lapar masa belajar. 3, Pengalaman. Ini yang ajar kau tentang hidup.

2. Peka dengan kawan

idea-kerja-sambilan-2

Hidup kat Universiti kau kena peka dengan semua kawan-kawan kau. Lebih-lebih lagi kalau duduk satu rumah atau satu bilik. Peka ini bukan kau kena mandi sama-sama, tak woi. Kau kena pikir solat kawan, perut kawan, hidup mati kawan.

3. Printer

idea-kerja-sambilan-3

Bila kau dapat duit PTPTN atau pinjaman mana-mana. Kau pakat dengan kawan-kawan sebilik kau untuk beli sebijik printer. Printer tu kau guna untuk berniaga.

Tampal kat pintu bilik kau tu kata boleh print sekeping RM0.50 sekeping. Kau percayalah, mesti ada budak-budak kaya yang pesen lambat siap esaimen. Spesis ini tak pernah terancam sampai bila-bila.

4. Puasa

idea-kerja-sambilan-4

Masa kat Universiti ni kau kena rajin puasa. Isnin khamis kau jangan lupa. Bila kau ingat Tuhan, Tuhan lagi ingat kat kau.

Dengan puasa, kau dapat jimat dua hari seminggu dari makan banyak-banyak dengan kawan-kawan kau. Masa berbuka, beli nasi dan satu lauk sahaja. Air kau ambil kat asrama atau jerang air sendiri.

5. Masjid / Surau

idea-kerja-sambilan-5

Rajin-rajin jemaah di surau atau masjid. Rajin-rajin juga berbaik dengan orang-orang ke rumah Allah ini. Kau tak akan percaya dari sini akan datang pertolongan yang macam-macam hebatnya.

Semua Allah tolong. Kau lapar pergi tidur memang tidur sahajalah kau dapat. Cuba bawa-bawa ke masjid entah-entah ada pisang.

Baca: Tergesa-Gesa Nak Berjaya. Ini Nasihat Ikhlas Seorang Pensyarah Kepada Graduan Universiti

6. Perpustakaan

idea-kerja-sambilan-6

Rajin-rajin ke perpustakaan. Antara manusia yang paling banyak hati dan jiwa ialah yang paling suka membaca.

Mereka ini seolah-olah ada jambatan gelombang minda yang suka berkawan dengan orang yang sama suka membaca. Sambil itu juga, kau boleh lupa tentang makan.

7. Berniaga Online

idea-kerja-sambilan-7

Berniaga online ni satu perkara paling power kau boleh buat. Entah-entah kau boleh kaya dengan bergaya. Ini abang bagi kau petua, kau pakat dengan kawan-kawan beli 10 helai tudung kat jalan Tar yang murah-murah (lebih kurang kau boleh dapat RM200 untuk 10 helai tu).

Kemudian kau mula jual dengan kawan-kawan sekelas kau. Sambil tu kau jual kat FB. Kau tengoklah hasil dari RM200 nanti jadi berapa.

8. Tolong

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain dari semua tu, kau boleh saja pergi kedai mana-mana dan cakap kau orang susah dan nak tolong sahaja buat-buat kerja di kedai tu. Tauke kedai pun ada hati juga, mesti kesian tengok kau. Dapat RM10 dalam 1-2 jam pun kira ok. Dapat makan dua hari.

9. Jual Buku

idea-kerja-sambilan-10

Bila kau dah senior, kau jual sahaja buku-buku sem kau tu pada adik-adik junior. Tak payah nak sayang-sayang. Kau percayalah cakap abang, tak guna dah buku tu dik. Sungguh!

10. Jual Nota

idea-kerja-sambilan-11

Satu lagi cara paling legend ialah kaya dengan jual nota. Ini abang cadang kau semua buat awal-awal semester. Kau rajin duduk depan dan salin semua nota yang pensyarah kau ajar.

Kemudian dengan kuasa WhatsApp kau buat group dan add semua kawan-kawan kau. 1 nota untuk satu hari RM2, kau bayang kalau ada 10 kelas hari tu?

Semoga bermanfaat dik. Sebar pada kawan-kawan U kau ya.

Dari abangmu, cewah.
Khairul Hakimin. Muhammad.

Baca lagi: 10 Tip Menjadi Pelajar Hebat

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram