Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya memilih untuk bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Dilaporkan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pemilihan untuk melafazkan cerai secara Google Meet ini dibuat berikutan keadaan Farid Kamil yang gagal menghadirkan diri ke mahkamah susulan dijangkiti COVID-19.

Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Mengulas mengenai penceraian yang berlaku, Diana Danielle tetap positif meskipun perkahwinannya menemui jalan penamat.

“Banyak sangat pengajaran tak semestinya saya ambil yang negatif sahaja. Saya berfikir secara positif dan saya doakan kami dapat mulakan hidup yang lebih baik,” ulas Diana Danielle.

Sumber: Kosmo Digital

Sebagai rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mendirikan rumah tangga pada November 2012 serta telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.