Seramai 110 pelarian etnik rohingya bersama dengan 3 lagi pelarian asal negara lain, yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin lalu telah dibenarkan bergerak ke tiga negeri selepas proses dokumentasi selesai dijalankan pihak polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, proses dokumentasi tersebut dijalankan di Dataran Wira, IPK Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam sehingga 4.30 petang sebelum semua pelarian dilepaskan secara berperingkat.
Daripada jumlah tersebut, seramai 110 individu merupakan etnik Rohingya, manakala selebihnya terdiri daripada seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada ketua komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq serta seorang pelarian Somalia – menurut laporan Kosmo Online.
Menurut Fadil, kesemua mereka telah dipindahkan ke lokasi yang ditetapkan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Seramai 113 pelarian kebanyakan warga Rohingya sudah dipindahkan ke tiga lokasi baharu di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Polis Daerah… pic.twitter.com/SQMsbE9JQl
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 29, 2026
“Seramai 110 pelarian Rohingya bersama seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada ketua komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan ke destinasi yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan UNHCR,” katanya.
Pergerakan mereka melibatkan tiga kawasan iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Kebanyakan pelarian menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke lokasi baharu.
Daripada jumlah keseluruhan, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 29 orang di Selangor manakala 18 orang lagi ditempatkan di Pulau Pinang.
Fadil menjelaskan pemilihan lokasi penempatan dibuat berdasarkan keberadaan kenalan serta ahli keluarga pelarian di negeri-negeri terbabit.
110 pelarian Rohingya dipindahkan ke lokasi baharu di tiga negeri – Polis
Baca berita selanjutnya: https://t.co/Qu0ULWw3yd
— SinarHarian (@SinarOnline) July 29, 2026
Sepanjang proses dokumentasi berlangsung, seramai tujuh wakil Malaysian Relief Agency turut hadir memberikan bantuan makanan tengah hari selain menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kumpulan pelarian tersebut.
Sebelum ini, kesemua 113 pelarian berkenaan dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur selepas berkumpul di hadapan pejabat UNHCR.
Hasil semakan pihak berkuasa turut mengesahkan kesemua mereka memiliki dokumen UNHCR yang sah.