Travel ke Indonesia kini bukan lagi satu masalah. Dengan adanya penerbangan tambang murah seperti AirAsia, kita boleh terbang ke negara seberang ini dengan mudah, pada bila-bila masa mengikut kelapangan.

Kali ini kami ingin kongsikan lokasi dan aktiviti ‘rare’ yang boleh anda cuba bila ke Solo, Bandung, Medan dan Lombok. Ada di antara lokasi ini masih dikira ‘dara’ dan tidak begitu dikunjungi oleh pelancong luar.

Solo

1. Gardu Pandang Bukit Batur Suroteleng, Boyolali

bukit-kinasih
Sumber gambar: ngadem.com

Posing menarik untuk dimuat naik ke instagram seperti ini semakin mendapat perhatian di kalangan anak muda. Terletak di puncak Suroteleng, menikmati keindahan matahari naik dengan kepulan awan menghiasi sekitar pergunungan Merbabu dan Sindoro di pagi hari juga sangat berbaloi.

2. Gantole Wonogiri

gantole-wanagiri
Kredit gambar: lailiapril.blogspot.my
gantole-wanagiri-2
Sumber gambar: ilhamtam.tumblr.com

Sama ada sekadar mahu bergambar mahupun melihat paragliding, inilah tempatnya. Selain melihat keindahan alam, udara nyaman dan tenang, jika berani boleh juga mencuba paragliding di sini.

Berlatar belakangkan Waduk Gajah Mungkur, Bukit menghijau dan angin bertiup nyaman sejuk bakal membuat anda terbuai sambil menikmatnya kedamaian. Dan waktu terbaik untuk berada di sini adalah sewaktu matahari terbenam.Bayaran masuk percuma.

3. Tempat selfie tersembunyi di Randubang, Wonogiri

Randubang-Wonogiri-2
Kredit gambar: aquariantraveller.blogspot.my

Sekali imbas bagai di Planet Kripton, batu kapur di sini memberi rasa unik tersendiri bagi para pengunjung ke Randubang, Wonogiri. Tidak ramai yang ke sini kerana ia bukanlah destinasi popular. Bayaran masuk percuma aja dong. Alamat: Dusun Randubang, Desa Pare, Wonogiri, Jawa Tengah

Bandung

4. Tebing Keraton

Tebing Keraton, The Instagram Hill
Sumber gambar: landscapes.org
tebing-keraton-di-bandung
Sumber gambar: wisatalova.com

Juga dikenali sebagai Bukit Instagram oleh netizen Indonesia. Landskap di sini sangat menarik dengan hiasan pokok pine di jurang yang meliputi Taman Juanda. Pagi sewaktu matahari terbit adalah waktu terbaik untuk bergambar di sini. Awan yang berkepul menjadikan gambar anda lebih dramatik an unik. Tebing Keraton terletak di kawasan Hutan Raya Bandung, Jawa Barat. Bayaran masuk IDR10000.

5. Dusun Bambu Family Leisure Park

dusun-bambu-family-leisure-park-3

dusun-bambu-bird-nest

Ini bukanlah destinasi rare tapi yang berkeluarga memang sesuai bercuti di sini bersama anak-anak. Anda juga boleh lepaskan mereka berlari bebas di celah pokok-pokok.

Suasana di sini bakal membuat anda terasa seperti berada di perkampungan Sunda pada zaman dahulu. Spot menarik untuk gambar Instagram juga boleh anda dapatkan di dusun seluas 15 hektar ini.

Selain dari itu, di sini juga ada kafe untuk anda chill out dan berehat selepas melawat taman bunga, danau dan aktiviti lain yang disediakan di sini.

6. Air terjun Curug Malela

curug-malela

curug-malela-waterfall

Bukan senang mahu ke sini kerana pengunjung perlu trekking dan melalui hutan, menjadi antara faktor kenapa ia kekal rare. Dikenali sebagai Niagara kecil Pulau Jawa, air terjun 5 tingkat ini memiliki ketinggian 70 meter menjadikan ia antara air terjun terbesar di Pulau Jawa.

Medan

7. Pemandian Air Soda, Desa Parbubu

pemandian-air-soda-di-desa-parbubu-tarutung-2
Sumber gambar: scetizwisata.wordpress.com

Hanya ada 2 tempat sebegini di dunia. Satu di Medan dan satu lagi ni Venezuela. Apa yang best di Pemandian Air Soda? Bila mandi akan ada buih-buih di badan tetapi tidak melekat bila naik ke darat. Badan juga terasa ringan dan kulit lebih halus selepas mandi di kolam ini.

Dan di sini pemandangan juga cantik dengan hamparan sawah padi. Ada peraturan jika mahu mandi di sini. Pengunjung harus jaga kelakuan, berpakaian lengkap dan tidak berkata-kata kotor.

Bayaran masuk : IDR7,000. Lokasi Wisata Pemandian Air Soda adalah di Desa Parbubu, Tarutung, Tapanuli Utara.

8. Air Terjun 2 Warna

air-terjun-2-warna-1
Sumber gambar: TripCanvas

Cantik dan sedikit sukar untuk ke sini kerana anda perlu berjalan kaki selama 2 ke 3 jam dari pintu utama Bumi Perkemahan Sibolangit. Ketinggian air terjun adalah 100 meter, ia terletak 1400 meter dari aras laut.

9. Bukit Paropo Silalahi

Bukit Paropo Silalahi
Sumber gambar: TripCanvas

Air jernih membiru, pemandangan cantik, suasana tenang dan pantai yang indah. Sangat sesuai bagi yang sukakan alam. Bukit Paropo Silalahi merupakan salah satu destinasi mesti pergi jika anda ke Danau Toba, Medan. Sekali imbas seperti tasik di New Zealand pula. Huhu.

Lombok

Lombok kini semakin mendapat perhatian di kalangan anak muda Malaysia. Selain menawarkan pantai dengan pemandangan menarik, Lombok juga ada lokasi dan aktiviti rare berikut yang mesti anda cuba.

10. Gili Kedis, pulau eksotik tak berpenghuni

Gili-Kedis-1
Sumber gambar: TripCanvas
Gili-Kedis-2
Sumber gambar: TripCanvas

Pernah tonton filem ‘Cast Away’ lakonan Tom Hanks yang terdampar seorang diri di sebuah pulau? Jika ke pulau Gili Kedis, anda boleh terus rasa pengalaman seperti dalam filem tersebut.

Anda hanya perlukan masa selama 10 minit untuk habis pusing satu pulau yang tak berpenghuni ini. Buat masa ini ia masih antara pulau yang tidak begitu dikenali dan kurang pelawat. Jadi apa kata masukkan pulau ini ke dalama senarai lokasi lawatan anda di Lombok.

11. Lingkoq Datu, Pantai Penyisok

Sekali pandang seperti pantai di Australia. Tapi hakikatnya ini di Lombok. Satu lagi lokasi rare dan kurang dikunjungi para pelancong. Mungkin kerana untuk ke sini, anda perlu melewati jalan berbatu dan ladang jagung, serta hanya boleh dilalui dengan menaiki motor, menjadikan ia lokasi yang masih dara.

Lingkoq Datu, Pantai Penyisok menyediakan hamparan padang berwarna hijau, tebing batu karang berlapis-lapis dengan warna keemasan dan Lautan Hindi yang terbentang luas.

Lokasi: Desa Sekaroh, Kecamatan Jerowaru, Kabupaten Lombok Timur.

12. Berpetualang bagaikan lanun dengan kapal Bajak Laut: Al Isra Pirate Boat

al-isra-pirate-boat-1

al-isra-pirate-boat-2

al-isra-pirate-boat-3

Tinggal di chlaet tepi pantai sudah jadi perkara biasa. Belayar dengan cruise juga sudah ramai yang buat. Tapi bagaimana jika belayar dengan kapal lanun?

Dibuat dari kayu jati kukuh, Al Isra Pirate Boat adalah kapal tradisional yang diinspirasikan dari kapal Bugis terkenal bernama Panisi. Jika anda kurang tahu, masyarakat Bugis dan laut memang sangat akrab dan terkenal mahir menguasai laut satu ketika dulu.

4 kabin disediakan dengan kapasiti muatan 12 orang, anda bakal merasai pengalaman berbeza tak kira sama ada belayar dengan keluarga atau rakan.  Singgah dan melawat pulau, snorkeling atau sekadar mahu hidup tenang di tengah lautan, pilihan terletak di tangan anda sewaktu pelayaran. Celebrate birthday di sini pasti jadi satu pengalaman yang sama sekali berbeza.

Jom ke Indonesia!

Dengan 350 penerbangan seminggu ke 15 destinasi di Indonesia yang ditawarkan oleh AirAsia, memang senang nak travel ke Indonesia. Ditambah AirAsia kini sedang mengadakan promosi penerbangan serendah RM69 (all ini) ke 4 destinasi di atas.

Tempahan boleh dibuat bermula 16 Oktober (hari ini) bagi penerbangan dari sekarang hingga 30 April 2018. Promosi tamat pada 22 Oktober 2017. Tempah sekarang di AirAsia dengan klik di link ini. Liburan ke sana yuk!