Siapa yang tidak mahukan ketenangan fikiran setiap kali pulang ke rumah?
Bagi kebanyakan kita, sanggup berhabis ribuan ringgit membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan demi kawasan perumahan yang berpagar dan berkawal (gated and guarded).
Logiknya mudah: ada pengawal keselamatan, ada palang automatik, maka selamatlah harta benda kita.

Namun, pepatah “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” benar-benar menggambarkan situasi ngeri yang dialami oleh seorang penduduk ini.
Selepas 12 tahun menetap di sebuah kawasan perumahan yang dianggap paling selamat, persepi berubah dalam sekelip mata apabila berlaku penangkapan penjenayah di dalam kawasan rumah sendiri .
Apa yang lebih mengejutkan, pelakunya bukanlah orang luar yang memanjat pagar atau menyelinap masuk melalui lorong tikus.
Rupanya, “musuh” yang selama ini ditakuti itu adalah jiran yang menyewa tepat di depan rumah sendiri.
“12 tahun duduk gated & guarded baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa… takut!”
Tambahnya penjenayah itu telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa namun masih timbul rasa takut dengan keselamatan keluarga dan dirinya.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang selebriti popular tempatan iaitu Sheila Rusly ini telah mengejutkan orang ramai di mana kawasan perumahan mewah sekalipun tidak menjamin keselamatan dan perlu berwaspada walau di mana jua.
Insiden ini bukan sahaja meragut rasa selamat, malah membongkar taktik licik penjenayah zaman sekarang yang sanggup melabur modal menyewa di kawasan elit semata-mata untuk berlindung dari dihidu aktivitinya atau juga memantau gerak-geri mangsa dari jarak dekat.