Sama ada anda seoarang pencinta alam, shopaholic atau meminati sejarah dan peninggalan zaman dahulu, semuanya berjaya dimuatkan di dalam sebuah negara iaitu Indonesia.

Mana tidaknya, penawaran kos yang rendah bermula daripada tiket penerbangan sehinggalah kepada penginapan dan makanan antara yang membuatkan Indonesia tidak jemu untuk dilawati. Tidak hairanlah terdapat para pengunjung kerap ke Indonesia untuk merasai sendiri pengalaman di bandar-bandar yang berlainan.

Destinasi di Indonesia

Sekiranya anda merupakan seorang backpackers, Indonesia sudah pastinya menjadi antara destinasi wajib di dalam list anda. Lebih sebab untuk anda backpack di Indonesia adalah kesemua 14 tempat yang disebutkan ini kini ditawarkan penerbangan secara terus oleh AirAsia.

1. Banda Aceh

Pulau-Weh-Travel-Guide
Sumber: discoveryourindonesia

Banda Aceh sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri baik dari keindahan mahupun gaya penduduk setempat. Buat pencinta alam, tidak sah rasanya sekiranya anda tidak ke Pulau Weh yang terletak di Pulau Sabang.

Untuk ke Pulau Weh, anda perlu menaiki feri yang mengambil masa dua jam dari Banda Aceh. Buat anda yang mahu tiba dengan lebih pantas, difahamkan anda juga boleh menaiki bot laju yang membolehkan anda tiba di Pulau Weh hanya dalam 45 minit sahaja.

Keindahan pulaunya yang masih belum tercemar serta air yang jernih pastinya membuatkan para pengunjung terpukau. Menariknya mengenai Pulau Weh adalah anda juga turut berpeluang meronda sepanjang pulau ini dengan menaiki beca. Servis melibatkan island hopping dan menyelam ke dasar laut antara yang ditawarkan oleh penduduk setempat Pulau Weh.

2. Bandung

fixedw_large_4x

Bandung merupakan bandar kedua tersibuk di Indonesia. Dalam pada itu, bandar ini turut menawarkan pelbagai keindahan alam khusus buat para pengunjung. Sekiranya anda berkunjung ke Bandung, singgah ke Ladang Teh Ciwidey sudah menjadi kemestian. Ladang yang terbentang luas bukan sahaja membuat para pengunjung teruja malah juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk bergambar.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk berkunjung ke Dusun Bambu. Sebuah tempat yang nyaman serta jauh dari kesibukan kota. Menariknya mengenai Dusun Bambu ini adalah penawaran resortnya yang dibuat seakan sarang burung. Para pengunjung pastinya berpeluang merasai sebuah pengalaman baru apabila berada di sini.

Sumber: thenomadictraveler

Sebuah lagi tempat menarik di Bandung adalah Tangkuban Perahu. Untuk pengetahuan anda, Tangkuban Perahu merupakan sebuah tempat dimana terdapatnya gunung berapi aktif.

Suasana sekitar yang agak dingin membuatkan anda tidak berasa terlalu panas ketika di Tangkuban Perahu malah para pengunjung juga berpeluang untuk melihat gunung berapi ini secara dekat. 

3. Bali

Bali sememangnya terkenal buat digital nomad, pencinta pulau dan juga mereka yang ingin melihat sisi Indonesia yang sedikit berbeza. Penawaran pulau yang pelbagai antara yang membuatkan Bali tampil unik berbanding tempat-tempat yang lain.

Kos di Bali yang mampu milik membolehkan anda mendapatkan seleksi pilihan bacpackers hostel di serata tempat. Buat anda yang ingin bermewah, Bali turut menawarkan villa beserta kemudahan serba lengkap.

Mungkin ramai yang tidak tahu disebalik ketenangan Bali, destinasi ini turut menawarkan pelangan yang agak unik buat para pengunjung iaitu aktiviti berenang bersama ikan lumba-lumba. Buat peminat aktiviti lasak, mecuba Bali Swing pastinya antara yang perlu disertakan di dalam wishlist anda.

4. Medan

Kota-Medan-dan-Fakta-Uniknya
Sumber: brickandlacemusic

Kata orang, tidak sah sekiranya anda ke Medan dan tidak singgah ke Brastagi Highland. Kawasan yang penuh dengan ladang ini membolehkan anda merakam detik indah bersama rakan-rakan anda.

Nak tahu apa yang lebih best? Anda juga turut berpeluang memetik buah yang berada di ladang ini. Jangan risau, kesemua peladang disini semuanya mesra-mesra belaka.

Sebuah lagi tempat yang menarik di Medan adalah Lake Toba atau dikenali oleh orang setempat sebagai Danau Toba. Untuk ke Danau Toba, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi, bus dan juga kereta api. Kami yakin anda pasti terpukau sepanjang perlananan menuju ke Danau Toba dengan pemandangan yang sangat awesome.

tongging-ok (1)

Singgah sahaja ke Danau Toba, anda berpeluang meronda tasik ini dengan menyewa motor. Servis sewa kayak juga turut ditawarkan untuk membolehkan anda berkayak di tasik ini.

Selain itu, anda juga dapat menyelusuri dengan lebih mendalam mengenai sejarah kaum Batak dengan berkunjung ke Museum Batak. Memandangkan Danau Toba berada berdekatan dengan gunung berapi, destinasi ini turut popular dengan kolam air panas di Pulau Samosir.

5. Lombok

joel-santos-indonesia-63

Lombok sememangnya menjadi destinasi para peminat pulau dan alam. Kos ke Lombok yang mampu milik antara yang membuatkan destinasi ini semakin popular di kalangan Rakyat Malaysia.

Apa yang membuatkan destinasi ini menarik adalah keindahan pulaunya. Destinasi yang paling popular sudah tentunya Gili Triwangan yang menempatkan buaian yang menjadi tempat wajib buat para pengunjung mengukir kenangan.

Buat pencinta aktiviti lasak, mendaki ke Gunung Rinjani untuk melihat keindahan Lombok dari atas awan sememangnya tidak boleh dilepaskan.

6. Padang

maxresdefault

Padang merupakan sebuah lagi destinasi di Indonesia yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Singgah sahaja ke Padang, anda dapat melihat kehidupan masyarakat setempat yang memfokuskan kepada agrikultur. Selain itu, bermandi-manda di air terjun Anai Valley antara tidak boleh dilepaskan apabila berada di sini.

56c742338457ccd3fd92042dca9bdb43

Anginnya yang kuat di tebing pantai antara yang membuatkan Padang popular dengan aktiviti kitesurfing. Para pengunjung juga berpeluang menyewa atau memperlajari cara bermain kitesurfing ditemani keindahan pulaunya yang memukau.

Kami sarankan untuk anda singgah ke Padang sekiranya anda mahukan ketenangan dan mahu lari daripada kesibukan kota.

7. Pekanbaru

pekanbaru-city-riau-2

Berjaya menjadi bandar terbersih selama 7 tahun berturut-turut sejak 2011 antara yang membuatkan Pekanbaru tampil unik berbanding bandar-bandar yang lain.

Antara destinasi popular di Pekanbaru adalah Masjid Raya Senapelan. Apa yang membuatkan masjid ini unik adalah binaan dan kombinasi yang ditampilkan. Masjid ini juga merupakan masjid tertua di Pekanbaru sejak mula disiapkan pada abad ke-18.

Mirip Taj Mahal bangunan di Indonesia ini jadi objek foto Instagram 4

Sebuah lagi masjid yang popular di Pekanbaru adalah masjid An-Nur yang digelar sebagai ‘Taj-Mahal Indonesia’. Rekaannya yang mirip dengan Taj Mahal antara yang membuatkan masjid ini mendapat gelarannya. Selain itu saiznya yang besar membolehkan masjid ini menampung seramai 4,500 jemaah pada satu masa.

Salah satu aktiviti yang menjadi tradisi di Pekanbaru adalah riversurfing atau dikenali penduduk setempat sebagai Bono. Sebuah aktiviti dimana para pengunjung berpeluang surf di sungai hasil tolak ombak. Aktiviti ini juga sangat menarik untuk ditonton memandang ianya jarang berlaku di tempat-tempat yang lain.

8. Palembang

1200px-Ampera-baru

Salah satu tarikan yang berada di Palembang adalah Jambatan Ampera. Jabatan yang mula dibina pada tahun 1962 ini berjaya menjadi percu tanda Palembang selepas berjaya menghubungkan dua bandar utama. Hiasan dan rekaan jambatan ini antara yang membuatkan Jambatan Ampera ini tampil unik.

Selain itu, sekiranya anda singgah ke Palembang, Punti Kayu Forest Park antara destinasi yang perlu dituju. Berjaya menjadi destinasi paling dikunjungi di Palembang, hutan simpan ini berjaya menawarkan keindahan alam dengan keluasan hampir 7 kilometer.

eabc22a278547ea9d1820dc3230c7e1289a55127-eefaf

Para pengunjung juga turut berpeluang berkelah dan berkhemah di hutan simpan ini untuk sebarang aktiviti. Oh ya, Punti Kayu Forest Park juga antara destinasi yang menjadi kegemaran kaki Instagram.

9. Pontianak

pontianak-indonesia-10

Melihat kepada nama destinasi ini mungkin sedikit sebanyak dapat menimbulkan perasaan seram namun tahukah anda Pontianak juga berjaya menjadi destinasi buat pencinta sejarah.

Kata orang tidak sah sekiranya ke Pontianak namun tidak ke Equatorial Monument. Tugu ini menjadi mercu tanda dan ikonik buat penduduk Pontinak berikutan kedudukannya yang terletak bertepatan dengan garisan khatulistiwa.

The_top_of_equatorial_monument_Pontianak

Selain itu anda juga dapat singgah ke beberapa tempat bersejarah yang lain seperti Istana Kadariah yang dibina 400 tahun lalu menempatkan Sultan Pertama Pontianak. Senibinanya yang diinspirasikan daripada Melayu, Belanda dan Timur Tengah antara yang membuatkan istana ini tampil unik.

0103@2x

Salah satu restoran yang menjadi tarikan utama di Pontianak adalah restoran terapung dimana para pengunjung berpelaung menikmati juadah dan hidangan diatas boat. Kami yakin anda pasti lebih berselera ditemani suasana yang tenang sekitar Pontianak.

10. Jakarta

Mengulas mengenai Jakarta, kami yakin bandar ini tidak lagi perlu diterangkan secara panjang. Terkenal sebagai ibu kota Indonesia, Jakarta ternyata turut menawarkan pelbagai hiburan dan keriangan khusus buat pelbagai lapisan umur.

arung-jeram-slider-2

Sekiranya anda datang Jakarta bersama keluarga berhibur di taman tema sudah menjadi kemestian. Penawaran taman tema yang pelbagai antara yang membuatkan bandar ini unik. Dunia Fantasi Jakarta, Trans Studio dan Taman Mini Indonesia Indah antara yang kami cadangkan.

Tahukah anda, anda juga berpeluang menjalankan aktiviti island hopping semasa berada di Jakarta. Pilihan pulau berdekatan yang banyak pastinya membuatkan anda tidak mudah jemu dengan bandar ini. Servis-servis penginapan serta island hopping juga sanagat mudah untuk didapatkan setibanya anda di Jakarta.

11. Yogyakarta

Prambanan_Temple-Photo-Credit-to-Nedim-Chaabene

Sekiranya anda peminat filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’, Yogyakarta selaku destinasi filem ini dibuat pengambaran. Bandar Yogyakarta sememangnya popular dengan candi-candi peninggalan zaman dahulu.

Menyinggah ke Candi Borobudur dan Prambanan sudah menjadi destinasi wajib buat para pengunjung yang tiba di Yogyakarta.

trans-133

Pastikan anda tidak melepaskan peluang mencuba menaiki ‘kereta kabel’ hasil anak tempatan Indonesia untuk ke Pulau Timang. Kami yakin anda tidak menyesal untuk mencubannya berdasarkan penawaran harga yang berbaloi.

12. Surabaya

Disebalik kesibukan dan kerancakan bandarnya, Surabaya juga turut terkenal dengan gunung yang sangat popular oleh para peminat sukan lasak iaitu Gunung Bromo.

Untuk pengetahuan anda, Surabaya turut mempunyai monumen tersendiri yang menggabungkan Sura iaitu ikan lumba-lumba dan baya iaitu buaya di dalam Bahasa Sanskrit. Kedua-dua haiwan ini dikatakan sebagai simbolik kepada kedamaian dan peperangan.

Mount-Bromo-Midnight-Tour-Package-1-Night-1-Day

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang melihat keindahan bandar ini dengan menyertai ‘Bromo night tour’ dimana anda akan menaiki kereta api menuju Gunung Bromo.

13. Semarang

tugu-muda

Semarang mungkin bukanlah destinasi yang popular di kalangan penduduk di Malaysia namun tahukah anda bandar ini ternyata mempunyai keuninkannya yang tersendiri.

Dari Semarang, anda berpeluang untuk ke hutan simpan dan Gunung Ungaran yang menawarkan pelbagai aktiviti buat para pengunjung. Sama ada peminat zipline, menunggang kuda atau mendaki bukit semuanya ditawarkan di sebuah tempat yang sama.

Sumber: Lucky Mustafa
Sumber: Lucky Mustafa

gunung-ungaran-jawa-tengah-1024×768

14. Makassar

_DSC4716ok11(1)

Destinasi terakhir yang kami cadangkan buat para backpackers adalah Makassar. Bandar ini mungkin antara bandar yang sering menjadi pilihan pengunjung namun disitulah yang membuatkan bandar ini unik.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang bersiar-siar dengan lebih selesa dan bergambar di tempat menarik dengan lebih mudah. Antara destinasi sering dituju pengunjung sudah pastinya Rumah Taroja yang disertakan dengan bumbung yang sangat unik.

img_00911

Bersiar-siar di Pantai Losari juga antara aktiviti yang menarik bersama rakan-rakan anda. Melihat matahari terbenam sambil berkelah antara yang menjadi aktiviti utama mereka yang berkunjung ke pantai ini. Pantai ini juga turut menempatkan satu-satunya masjid terapung di Makassar.

Kini AirAsia turut menawarkan sebanyak 350 penerbangan merangkumi 14 destinasi ke Indonesia dalam satu minggu. Dalam erti kata lain, anda juga berpeluang mendapatkan penerbangan yang berbaloi beserta pilihan masa penerbangan masa yang diingini dengan mudah.

booking-flights-with-airasia

Apa tunggu lagi? Jom klik di sini untuk melihat destinasi yang ingin dituju serta ditawarkan dengan harga promosi. Jangan lupa ajak rakan-rakan serta keluarga anda untuk lebih keriangan di Bumi Indonesia. Kami yakin anda pasti tidak jemu dengan pengalaman yang diperoleh setiap kali berkunjung ke negara ini.

Untuk tidak melepaskan promosi terbaru daripada AirAsia, adalah lebih baik untuk memuat turun aplikasi AirAsia yang tersedia buat iOS dan Android.