Kecoh baru-baru ini apabila seorang peniaga Kemboja yang mencari rezeki di Malaysia mendakwa orang Melayu sebagai malas.

Meskipun sudah membuat video permohonan maaf, dakwaan yang dibuat nyata membuatkan orang ramai khususnya kaum Melayu berang dengan kenyataan yang dibuat.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah. Sumber: The Sun

Terbaharu, Polis Kontinjen Melaka dilaporkan telah menerima tujuh laporan polis berhubung video yang tular tersebut. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata laporan itu diterima pada 19 November lalu daripada pelbagai pihak yang terkesan dengan rakaman tular di media sosial berdurasi satu minit tujuh saat itu.

Katanya sehingga kini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 14 laporan berkaitan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk tujuh di Melaka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan berharap orang ramai lebih bijak serta bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial supaya tidak menyentuh isu sensitif membabitkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Sumber