Pemain dan pegawai Putrajaya Athletic membuat laporan polis selepas mereka tidak menerima sebarang gaji ketika saingan Liga Malaysia musim lalu.
Menurut perkongsian di laman media sosial, laporan polis merupakan jalan terakhir untuk mendapatkan hak pemain dan pegawai pasukan.
Baca Juga:
- Tak Sampai 48 Jam, Jersi ‘Home’ Baharu Buriram United ‘Sold Out’

- FIFA Nafi Pindah Pejabat Ke Indonesia
- Mikel Jauregizar Nafi Bakal Beraksi Bersama Malaysia

Putrajaya Athletic Tidak Bayar Gaji Sepanjang Musim
“Mengenai Putrajaya Athletic, saya nak highlight tidak dibayar gaji satu sen pun dari awal sign kontrak selama 16 bulan tiada sebarang bayaran gaji.

“Kami layak ke Piala Malaysia tetapi main dalam liga tanpa sebarang gaji. Laporan polis akan menyusul,” tulis seorang wakil dari pemain dan pegawai pasukan.
Masalah gaji yang dihadapi oleh Putrajaya ini pada mulanya didedahkan oleh salah seorang pemain import mereka iaitu Adam Azeez Arisekola yang berasal dari Nigeria.

Azeez yang ditemani oleh ejennya iaitu Abdulrahaman Abdulsalam mendedahkan beliau tidak dibayar gaji oleh majikan sejak bulan Mei tahun 2024.
Abdulrahaman menegaskan beliau membelanjakan wangnya sendiri untuk menyokong pemainnya selepas kelab gagal untuk membayar elaun pengangkutan sebanyak RM1000 dan sewa rumah sebanyak RM1500.
Azeez juga tidak dapat menghantar wang kepada keluarganya di Nigeria kerana tidak mendapat sebarang gaji sejak beraksi di Malaysia.