Sering kali apabila seseorang berhenti bekerja di sesebuah tempat, maka gaji individu tersebut juga bakal ditamatkan. Namun, lain ceritanya dengan seorang lelaki di Hospital Ciaccio, Catanzaro yang terletak di selatan Itali yang didakwa masih lagi menerima gaji meskipun sudah tidak bekerja.

Lebih mengejutkan, lelaki ini dikatakan sudah tidak lagi bekerja sejak 15 tahun lalu namun masih lagi menerima gaji penuh.

_118132730_gettyimages-1229535026
Sumber: BBC

Menerusi laporan yang dikeluarkan BBC, lelaki tersebut kini disiasat berikutan terlibat dengan penipuan, pemerasan dan penyalahgunaan jawatan. Berdasarkan kiraan, lelaki ini sudah berjaya mengumpul gaji sebanyak €538,000 (RM2.67 juta) sepanjang 15 tahun tidak bekerja.

Difahamkan, lelaki berkenaan pernah mengancam pengurus supaya tidak membuat laporan tatatertib terhadapnya sekaligus membolehkan beliau ‘menganggur’ namun masih menerima gaji penuh.

Beliau kini berada dalam siasatan polis selepas tindakan beliau telah berjaya dihidu pihak risikan polis berikutan masalah penipuan dan ketidakhadiran.

Walau bagaimanapun, sememangnya agak ironi untuk seseorang individu menerima gaji penuh sepanjang tempoh menganggur dan mulai ‘disedari’ 15 tahun selepas kali terakhir bekerja.

Peguam ini jelaskan mengapa terdapat perbezaan layanan buat individu yang melanggar SOP. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Netizen Pertikai Pemilik Butik Fesyen Ini Peroleh Kebenaran Merentas Negeri