Pada 1 Mac lalu, pemilik Lamborghini Malaysia atau Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berjaya memecah dua rekod Malaysia Book Of Records di Resorts World Genting.

Untuk rekod pertama, LOM berjaya mengumpul 168 unit Lamborghini, memecahkan rekod pada 2022 (112 unit). Manakala rekod kedua pula, perhimpunan Lamborghini di altitud berketinggian 1,865 meter dari paras laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Secara tak langsung kedua-dua rekod itu memecahkan ‘rekod dunia’ tidak rasmi kerana ini kali pertama di dunia perhimpunan Lamborghini terbesar di kawasan tanah tinggi dianjurkan.

Sumber Gambar: Hazim Jaafar / The Vocket

Acara bersejarah itu menghimpunkan pemilik Lamborghini untuk berkonvoi secara berkumpulan merentasi laluan Gunung Ulu Kali.

Kemudian, apabila tiba di Resort World Genting, kumpulan konvoi itu tadi diletakkan di tempat letak kereta Genting Grand, diiringi persembahan tradisional kaum Melayu, India dan Cina serentak. Peminat supercar jenama Itali itu turut hadir memeriahkan acara tersebut.

Pada waktu malam pula, pemilik Lamborghini diraikan dengan majlis makan malam gala yang berlangsung di Bilik Pameran Antarabangsa Genting.

Sumber Gambar: Resorts World Genting

Presiden LOM, Roslan Rosdi memberitahu The Vocket bahawa beliau sudah merangka satu lagi perhimpunan Lamborghini di Kuala Lumpur.

Kami terkesima apabila mendengar dengan teliti perancangan tersebut. Jika perhimpunan itu berjalan lancar, sekali lagi ia pasti menarik perhatian dunia dan tidak mustahil akan menjadi ikutan yang lain.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan bilakah perhimpunan Lamborghini tersebut akan diadakan — mungkin tahun hadapan, lagi dua tahun atau lima tahun akan datang.

Anda boleh lihat kereta-kereta yang menjayakan acara tersebut, serta dengarkan Lamborghini rev serentak di kawasan tinggi Genting Highlands buat pertama kali menerusi hantaran Instagram di bawah.