Nota Editor: 18 Tips berikut telah dikongsikan oleh 2 penulis ‘bestseller’ buku travelog iaitu penulis buku Advantura Pulang Ke Malaya (oleh Badrul Hisham) dan buku Travelog Mr Traveller (oleh Meor Farid Asyradi). Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari 2 penulis ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan buat anda yang turut ingin berkongsi pengalaman pengembaraan anda di dalam sebuah buku seperti mereka.
Kita mulakan dengan 8 tips berikut yang telah diberikan oleh Badrul Hisham yang telah berkayuh basikal dari London hingga ke Malaysia. Buku beliau yang bertajuk ‘Advantura Pulang Ke Malaya’ ini telah diterbitkan oleh DuBook Press.
Guide menulis buku travelog
1. PENGALAMAN yang berharga korang yang tertulis di dalam diari atau pun facebook boleh ditukarkan menjadi sebuah buku dan menjadi duit dan juga menjadikan inspirasi kepada kawan lain.
2. AYAT tak perlu sastera dan bombastik seperti Faisal Tehrani untuk menulis sebuah buku travelog. Yang penting semua orang faham. Contohnya, saya pergi ke Masjid Biru di kota gah Istanbul dan melihat seorang wanita berkulit putih langsat. Hati saya jatuh ke lantai (ayat straight forward tak berbunga)
Program Nasi Lemak Kopi O mengajak Sham untuk berkongsi pengalaman Sham setelah melihat muka depan buku Sham. Tak sangka buku ni sangat memberi inspirasi kepada ramai orang.
3. PENULISAN ni perlukan dedikasi dan kesabaran. Kalau korang dapat sabar melayan karenah orang Mesir yang kurang hajar dan kasar Italy, menulis buku ini lagi mudah dari melayan mereka.
4. JENIS– Ada dua jenis travelog. Yang pertama korang cerita tentang perjalanan day by day. Yang kedua jalan penceritaan lebih kepada benda yang best berlaku contohnya pengalaman kena kejar orang Arab di Mesir.
5. Dalam menulis travelog ini, mudah. Open Microsoft Word dan terus start menulis. Tidak ada limit words. Its all up to your imagination. Setiap hari target 1000 words tulis.
Ski is a part of my heart and I love what I do. Surely , I will pass it down to my child — in Zakopane.
6. PRINTING – Cetak sendiri memang untung banyak cuma kena kuat buat promotion sendiri. Cetak menggunakan publisher pula untung in the long run dan ramai yang akan beli.
7. Publisher – Selepas siap menulis di dalam word. Proses yang seterusnya ialah hantar kepada Karangkraf , Lejenpress, Fixie, Utusan, Popular atau MPH untuk mereka menilai sama ada untuk publish buku anda ke tidak. Kuncinya ialah percaya akan ada pihak yang ingin bekerjasama.
8. Enjoy – Penulisan korang ini ialah bukti kepada anak cucu cicit bahawa korang telah berjaya menggapai impian. Tulis dengan perasaan enjoy untuk memberi inspirasi kepada anak cucu cicit anda.
Cinta sejati!!
Apakah itu cinta sejati? Ini story best. Pakcik dan makcik lejen ni masa muda mengalahkan aku. Mereka sewa kereta bersama 3 sahabat dan drive dari Canada merentas America sampai Mexico. Abis satu America mereka pusing. Beribu ribu kilometer. Disneyland, Hollywood, New York, Niagara Falls. Semua dah sampai.Standard traveller, yang penting murah dan perjalanan seronok. Tidur kat petrol station dan makan apa yang ada asalkan halal. Sweet story. Traveller bercinta dengan traveller sambil merantau. Lepas abis ja mereka study di Amerika, balik Malaysia terus kahwin dan sambung travel. Happy ending….
Yang bikin panas makcik tu tanya kat Sham “makcik ada travel partner, Sham ada tak? “
Dalam banyak-banyak gambar kiriman pembaca. Gambar inilah paling rare. Menitis air mata tengok. Terharu bila pembaca ambil gambar buku saya sama macam cover buku – Meor.
Berikut pula 10 tips yang telah dikongsikan oleh Meor yang telah menulis dan menerbitkan sendiri buku beliau yang bertajuk ‘Travelog Mr Traveller’.
Tips menulis dan terbit sendiri buku seperti genre travelog :
1. Pengalaman
Setiap apa yang kita tulis adalah berkaitan pengalaman atau keilmuan pengetahuan kita, tanpa perkara tersebut mana mungkin boleh diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Boleh juga tanpa pengalaman tapi ia akan jadi bentuk khayalan dan bayangan.
Pengalaman itu kita ingin kongsikan bersama seramai mungkin, maka caranya adalah melalui penulisan. Pesan tuan Syeikh, “Peluru boleh tembus satu kepala tetapi tulisan mampu menembusi jutaan kepala malah lebih”.
2. Mood Menulis
Ini part yang paling sukar untuk diwujudkan. Niat menulis ada tidak cukup tanpa mood, begitu juga minat sahaja tanpa ada kesungguhan terhadapnya. Memang semua orang boleh cakap, “aku nak sangat menulis” tapi ia hanya meniti di bibir sahaja.
Jujur saya katakan, mood menulis saya muncul setelah setahun pulang dari kembara di Eropah sedangkan niat sudah lama untuk menulis. Apabila mood sudah muncul, kurang sebulan sahaja buku berjaya ditulis sepenuhnya. Cuba cari mood itu atau letakkan due date kita untuk disiapkan.
Ada seorang India sanggup datang dari jauh ke PWTC untuk jumpa dan beli buku saya. Satu family datang. Selain itu,ada pembaca yang bagitahu dia terbeli sahaja buku saya ni. Tak minat sangat membaca. Tapi bila dah start buka buku saya dia mampu habiskan dalam masa 5 Jam. 340 muka surat. Sangat terharu.
3. Bentuk penulisan.
Ini juga termasuk dalam corak atau design kisah yang ingin kita sampaikan. Ada penulis yang mengambil tajuk-tajuk menarik untuk dihighlight kan. Sebagai contoh “ Terlepas Flight “, “Hilang Passport”, Terjumpa “Jodoh”, “Budaya Diorang” dan sebagainya. Tajuk tajuk sebegini adalah penarik dalam isi kandungan agar pembaca ingin rasa nak tahu. Ada juga buku travelog yang lebih kepada gambar dan diskripsi gambar tersebut.
Seperti saya, saya ambil pendekatan seperti novel, saya jadikan penulisan Travelog MR Traveller sebagai sebuah jalan cerita yang ada kronologi kesinambungan, kerana itu jika buka buku saya, isi kandungannya adalah Hari Pertama, Kedua hinggalah terakhir. Pembaca tidak boleh memilih tajuk kerana saya ingin pembaca hanyut dalam tulisan. Saya juga selitkan elemen throwback agar pembaca terbuai seketika. Banyak juga penulis yang menggunakan elemen sebegini.
Ayat juga tidak perlu terlalu puitis, yang penting maksud sampai kepada pembaca. Sebagai contoh, “Seorang diri, aku menaiki kereta api tersebut tepat pada masanya. Jika terlewat, sudah pasti segala rancanganku akan turut mendapat impaknya. Musnah.” Ini ayat mudah faham.
4. Pemilihan Tajuk
Ini sebagai penarik utama supaya pembaca ingin belek buku kita. Sebagai contoh, saya tertarik dengan tajuk “ ADVantura Pulang ke Malaya “, ada unsur membuatkan pembaca ingin tahu. Kita juga boleh memilih tajuk yang Nampak gempak dan sebagainya. Kalau boleh minta pendapat kawan-kawan mintalah. Kadang-kadang mungkin tajuk tu kita rasa best tetapi tidak pada pembaca. Justeru ia perlu pada pemilihan yang tepat. Seperti tajuk buku saya memang saya yang pilih sendiri dan MR Traveller itu memang kawan-kawan yang panggil. Justeru saya selitkan nama tersebut.
5. Pruf/Edit
Ini juga part yang paling sukar setelah selesai penulisan hingga ke hujung ayat. Jangan sangka kita tidak terlepas dari TYPO. Kadang-kadang kita tidak perasan, justeru ambil mana-mana editor, upahlah mereka untuk menyemak ejaan dan ayat kita. Seperti saya ada kenalan yang ingin bantu secara percuma. Tetapi saya tetap bayar kepadanya kerana bukan mudah untuk semak ayat tambahan pula banyak perkataan. Saya sendiri sudah baca berpuluh kali tulisan sendiri sebelum ia dicetak. Namun masih ada kesilapan. Itulah antara bukti manusia tidak terlepas daripada kesilapan
Selain itu dari segi Layout buku. Ini amat mustahak sebelum dicetak. Jika tiada kemahiran untuk gunakan Adobe Indesign. Upahlah mana-mana freelance yang mahir dalam bab ini. Mahal juga nak bayar tu. Ada yang mencecah ribuan ringgit. Macam saya belajar sendiri sahaja. Jimat.
Ada seorang pembaca ni dia pusing Europe guna cara saya. 2 kali khatam buku saya dalm kereta api.
6. Daftar ISBN di Perpustakaan Negara
Ini antara perkara yang perlu dibuat, kalau kita hantar kepada penerbit tidak perlu fikirkan soal ini. Tetapi jika terbit sendiri perlu kepada ini. ISBN atau International Standard Book Number ini ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London .
Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia dan diberikan secara percuma. Ia juga antara bentuk promosi daripada pihak perpustakaan dan dalam urusan pengkatalogan. Boleh mohon melalui email ataupun direct terus ke perpustakaan Negara. Hanya perlu bawa gambar kulit buku dan isi borang yang disediakan. Dalam masa 3 hari boleh siap. Then, dalam tempoh sebulan setelah diterbitkan. 5 Naskah perlu diserahkan kepada perpustakaan Negara. Wajib.
Boleh rujuk laman web : Mae.pnm.gov.my
7. Design Cover
Ini adalah muqaddimah dalam marketing. Ia sebagai penarik untuk pembaca belek buku kita lantas membelinya. Kadang-kadang ada juga cover yang biasa tetapi isinya hebat. Untuk cover ini, kalau tiada kemahiran untuk seni design, upahlah designer. Laburkan sedikit wang untuk buku kita yang terbaik.
8. Pilih Tempat Cetak
Pemilihan tempat cetak ini juga perlu diteliti sebaiknya. Untuk tahu tempat cetak yang biasa digunakan oleh publisher, boleh rujuk di mana-mana buku bahagian hak cipta. Biasanya muka surat pertama. Akan ada nama pusat percetakan. Boleh search dan hubungi pusat percetakan tersebut. Sebagai contoh, saya memilih percetakan BS Print di Kuchai Lama. Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kurang 10 hari proses cetakan boleh selesai.
9. Kos Percetakan
Ia berkait rapat dengan pemilihan tempat percetakan.Harga mungkin berbeza-beza. Buatlah perbandingan. Yang pasti Kos percetakan ini bergantung kepada jumlah percetakan. Jika banyak yang dicetak maka harga akan berkurangan. Ia juga adalah perkara rahsia dalam mana-mana bisnes pon. Harga modal itu tidak akan dikhabarkan kepada pembeli. Tapi saya maklumkan di sini untuk berkongsi. Sebagai contoh :
Buku dengan 200 Muka surat (hitam putih) untuk 1000 cetakan : harga boleh jatuh Sekitar RM3 hingga RM5 seunit termasuk cover buku biasa.
Contoh Modal buku RM 5 : Jual RM 20 (letak harga sendiri setelah dibandingkan dengan harga-harga buku di pasarana) : So untung bersih RM15 sebuah buku. Inilah antara kelebihan jika terbit sendiri. Sekiranya dapat jual buku tersebut 1000 Naskah. Maka untung bersih adalah RM15 000 setelah ditolak dengan modal RM5000. Ini jika jual dengan harga sebenar. “RM20”
Jika terbit dengan publisher akan dapat royalti. Contoh 10%. Harga buku RM20. Maka penulis akan dibayar Rm2 untuk sebuah buku.
Nampak menarik dan best kan dengan keuntungan terbit sendiri, tapi kena fikirkan juga berkaitan strategi marketing dan risiko yang bakal ditanggung sepenuhnya jika buku kita tidak terjual. Modal cetak kita keluarkan sendiri. Berbeza dengan terbit dengan publisher. Segalanya diurus dan ditanggung oleh mereka. Penulis hanya senyum jer bila royalti diterima
Kena faham, modal buku ini juga bukan semata-mata pada harga cetakan. Tetapi masa, “mood” dan tenaga penulis atau penerbit yang telah dilaburkan untuk menyiapkan buku itu. Belum lagi kos untuk strategi promosi bayar ejen dan sebagainya. Serius memenatkan. So, janganlah kita pertikai. “Harga modal rendah jer tapi jual mahal.”
10. Strategi Marketing
Ini part yang paling sukar dan perlukan kepada tumpuan sepenuhnya. Kita sudah laburkan ribuan ringgit maka ini adalah masa untuk kita menuainya.
Online marketing adalah antara yang sangat berpengaruh era ini. Melalui FB, Instagram, Twitter dan sebagainya. Cuba viralkan produk kita itu sebaik mungkin. Kuasa share itu juga sangat kuat. Mustahak.
Melalui pesta buku juga adalah tapak yang baik untuk kita perkenalkan buku kita. Berilah diskaun sebanyak mungkin. Sebagai contoh Diskaun 30% atau jika buku kita RM20, kurangkan jadi RM15. Untung masih ada.
Seterusnya melalui kedai buku seperti MPH. Kebiasaannya diorang akan ambil separuh harga, dan bayaran hasil terjual akan dibayar dalam tempoh tertentu seperti 3 bulan, 6 bulan. Sekali bayar mengikut kepada jumlah jualan. Sebagai contoh harga buku RM20. So tolak kepada kedai buku RM10 setelah 50% diskaun. Maka apabila buku kita terjual, kita dapat RM10 untuk seunit. Tolak Modal RM5 bermakna untung bersih RM5.
Mudah cerita, kita sendiri yang kena usaha sebaiknya untuk perkenalkan produk kita, berbeza dengan ada publisher, diorang yang uruskan segalanya. Itu kelebihannya. Penulis tidak perlu pening atau tebal muka.
Yang best jika kita dapat pembaca yang tolong promosikan buku kita. Tapi untuk diorang tolong promosi, produk atau buku kita pastikan bermanfaat dan seronok dikongsi pembaca tanpa dipaksa. Maka buatlah yang terbaik.
So akhir sekali, bukan mudah nak terbit sendiri. Prosesnya amat lama juga dan bermain dengan risiko. Memang untung lebih tapi risikonya juga lebih. Tapi jika Berjaya nikmatnya sangat luar biasa. Dengan keuntungan cetakan pertama boleh di”rolling” pula untuk cetakan kedua. Dan cetakan kedua itu semunya adalah untung bersih. Infaklah sebahagian keuntungan itu kepada yang memerlukan. Insya Allah, berkat.
Istikhorahlah sebelum bercadang untuk terbit sendiri. Sekian.
Ingin dapatkan 2 buku menarik ini? Untuk buku Advantura Pulang Ke Malaya, tempahan boleh di buat secara online di website DuBook Press.
Bagi buku Travelog Mr Traveller pula, anda boleh hubungi Meor di Facebook Page Travelog MR. Traveller.
BACA: Daripada Gaji RM50,000 Menjadi Kosong Dan Bangkit Kembali, Inilah Kisah Kartunis Ujang
BACA juga: 19 Tips Survival Di Istanbul Dari Seorang Traveler Malaysia