Sebuah video Youtube menunjukkan dua anak kecil bertarung dalam sebuah pertandingan judo. Buat dua minit lamanya, aksi mereka sangat menghiburkan.

Kedua-dua anak ini yang dijangka berusia bawah 5 tahun, memulakan perlawanan mereka dengan menunduk kepada satu sama lain sebagai tanda hormat.

Selepas itu mereka berusaha untuk menjatuhkan pihak lawan. Lucunya, ada ketika seorang anak kecil ini gembira kerana dapat menjatuhkan pesaingnya, lalu berpusing-pusing kegembiraan, menyebabkan dia sendiri jatuh.

Kedengaran suara ibu salah seorang anak kecil ini bercakap dalam bahasa Spanish. Berkali-kali mereka berjaya menjatuhkan pihak lawan dan bangun semula. Dengan gaya mereka yang ceria, ia sangat mengujakan.

https://youtu.be/jUf3UPBnkmg

Dan akhirnya, guru judo mereka menghentikan perlawanan dengan cara yang sangat comel.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram