Umum tahu pada ketika ini Malaysia sedang mengalami musim panas yang melampau. Hal ini sekaligus membuatkan orang ramai lebih selesa berada di tempat yang teduh di mana pendingin hawa dibuka bagi mengelakkan berlaku strok haba.

Di sebalik masalah cuaca panas yang melanda, masih terdapat ibu bapa yang seolah ambil mudah isu strok haba dengan meninggalkan anak-anak di dalam kereta tanpa pendingin hawa dibuka dalam tempoh yang panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kisah ini dikongsikan oleh Faebook Nana Nados di mana beliau memaklumkan mendengar tangisan dua kanak-kanak yang didakwa kembar di dalam sebuah kereta Perodua Aruz di Taman Kajang Impian.

Setibanya beliau ke kereta tersebut, beliau memaklumkan sempat memberikan air kotak untuk menenangkan dua kanak-kanak ini.

Lebih mengejutkan, beliau terpaksa menanti sekitar 30 minit untuk ibu bapa, datuk dan nenek mereka kembali semula ke kereta selepas beraya ke rumah terbuka berdekatan.

Dimaklumkan penjaga kepada dua kanak-kanak ini sekadar mengangkat tangan dan senyum kepada wanita ini kerana membantu. Walau bagaimanapun, reaksi berbeza daripada ibu kanak-kanak ini yang didakwa seolah tidak mengendah perkara yang berlaku.

Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya menyelar tindakan penjaga dua kanak-kanak ini.

Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar wanita ini membuat laporan isu pengabaian kanak-kanak pada pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: Facebook Nana Nandos
Sumber: Facebook Nana Nandos

Wanita ini memaklumkan beliau memilih untuk tidak membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan perkara ini seharusnya diambil serius. Beliau akui agak terkejut bagaimana ibu bapa serta penjaga mampu ambil mudah dalam isu menjaga anak-anak ini.