Kita pasti teringin nak hiaskan bilik tidur cantik-cantik. Tetapi niat terhenti apabila memikirkan saiz bilik yang kecil. Terasa buntu dan mati kutu. Sebenarnya saiz bilik bukanlah masalah jika ada kemampuan kewangan untuk membina sesuatu yang WOW di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.
Hiasan dalaman serta aturan perabot ini sesuai untuk bilik bersaiz 8 x 10 kaki atau 10 x 10 kaki. Dengan tona warna dinding putih memberi impak saiz yang kelihatan luas. Semua perabot disusun rapat ke dinding hingga memberi ruang tengah yang agak selesa. Ia muat dengan katil single, rak buku, meja tulis, dan almari.
Tapi jika sukakan dinding yang berwarna bukan putih, boleh pertimbangkan tona warna ini. Susun atur perabot juga hampir sama seperti contoh tadi. Mungkin ini sesuai untuk bilik lelaki.
Cari katil yang menarik untuk bilik anda DI SINI
Bilik ini pula sesuai untuk kelebaran 7 kaki dan memanjang antara 10 – 12 kaki. Katil diletakkan melintang dan dinding dibuatkan rak buku. Katil ditinggikan supaya di bahagian bawahnya boleh dijadikan rak berlaci yang sesuai untuk pakaian atau barangan lain. Meja tulis diletakkan disebelah katil yang berkemungkinan saiznya dalam 1.5 kaki X 3 kaki sahaja. Jadi ada ruangan kosong antara 5.5 kaki. Agak luas dan boleh dijadikan tempat solat. Almari pula diletakkan di tepi dinding hingga membentuk lorong ke arah pintu.
Cari katil yang menarik untuk bilik anda DI SINI
Anda boleh juga pertimbangkan design-design seperti di bawah ini untuk saiz dan bentuk bilik yang sama iaitu segi empat memanjang. Pastikan ruangan kosong di antara 3 hingga 4 kaki agar tidak rasa terlalu sempit dan pemilihan warna dinding dan perabot yang sesuai. Tip bagi ruangan kecil seperti ini ialah perabot berlapis iaitu menggunakan bawah ruangan katil untuk kegunaan lain. Tidak seperti kebiasaan yang hanya untuk letak kotak kasut sahaja.
Cari katil yang menarik untuk bilik anda DI SINI
Jika anda perlu berkongsi bilik dan saiz biliknya kecil seperti bilik untuk seorang sahaja, mungkin design-design ini boleh mencetuskan idea untuk anda. Lagi sekali ia menggunakan konsep bertingkat atau berlapis untuk perabot-perabot bagi memaksimakan penggunaan dan keperluan anda.
Cari katil yang menarik untuk bilik anda DI SINI
Bagaimana dengan idea-idea ini untuk bilik bersaiz kecil? Adakah anda telah fikirkan sesuatu untuk merombak semula bilik anda?
Cari katil yang menarik untuk bilik anda DI SINI
Kongsikan dengan kami di sini atau page Facebook The Vocket sekarang.