Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini telah mengeluarkan senarai 20 sukan ditetapkan sebagai ‘Sukan Teras Prestasi Tinggi’ sebagai sebahagian daripada usaha strategik untuk memacu pembangunan sukan yang lebih cekap.
Senarai ini merangkumi sukan-sukan yang dikenal pasti berpotensi tinggi untuk menyumbang pingat dalam temasya sukan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.
Baca Juga:
- Hairul Azreen Dapat Hadiah Raket Sukan Olimpik Daripada Lee Zii Jia

- Sukan Olimpik 2024: Lee Zii Jia Atasi Lakshya Sen Untuk Bawa Pulang Pingat Gangsa

- Perkampungan Sukan Olimpik Teruk, Pemenang Pingat Emas Tidur Di Taman


Menurut satu kenyataan ringkas dikeluarkan KBS Malaysia, langkah ini bukan sahaja melibatkan kerjasama semua pemegang taruh dalam ekosistem sukan.
Malah, ia turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet negara di persada antarabangsa.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2025 telah menetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi bagi memperkasa hala tuju pembangunan sukan negara secara lebih strategik dan berkesan.”
Berikut merupakan senarai 20 Sukan Teras Prestasi Tinggi:
Sukan Teras Prestasi Tinggi
1) Akuatik (Renang & Terjun)
2) Angkat Berat
3) Badminton
4) Berbasikal Trek
5) Boling Padang
6) Esport
7) Gimnastik (Artistik & Berirama)
8) Hoki
9) Karate
10) Memanah

11) Menembak
12) Olahraga
13) Pelayaran
14) Ping Pong
15) Sepak Takraw
16) Silat
17) Skuasy
18) Taekwando
19) Tenping Boling
20) Wushu