Sumber Berita Harian melaporkan bahawa kira-kira 200 etnik Rohingya telah mendarat di Langkawi pada awal pagi tadi.

Mereka menaiki tongkang telah mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat kira kira pada pukul 3 pagi.

Sumber yang sama turut melaporkan bahawa kehadiran pendatang asing tanpa izin itu telah dikongsikan oleh penduduk tempatan di media sosial.

Ada yang turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan sebuah bot kayu yang besar yang digunakan oleh mereka untuk berlayar, sedang diperiksa oleh pihak berkuasa

Kemudian ada juga gambar yang memaparkan bahawa pelarian etnik Rohingya itu berkumpul di tepi pantai sambil dikawal oleh pihak berkuasa.

Daripada gambar tersebut, pelarian terdiri daripada lelaki, wanita, kanak kanak dan bayi kecil.

Seterusnya, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng, dilapor mengesahkan bahawa pihaknya telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang penduduk tempatan.

Di mana individu tersebut mendakwa dia ada melihat sebuah bot besar mendarat di Teluk Yu. Dan penduduk di situ ketakutan, tidak berani mengambil sebarang tindakan. Risau tentang keselamatan mereka.

Buat masa ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut.

Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara yang kerap menjadi sasaran pelarian Rohignya. Dan dua negara ini sudah menerima sangat ramai pelarian Rohingya.