Di saat orang ramai khususnya mereka yang berada di kawasan bandar berusaha keras untuk memiliki kediaman sendiri, siapsa sangka sebanyak 26,286 unit rumah masih belum terjual dalam negara.

Menerusi data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) sepanjang 6 bulan pertama 2023, jumlah nilai terkumpul 26,286 unit rumah ini adalah sebanyak RM18.3 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

NAPIC turut mengesahkan terdapat penurunan daripada jumlah rumah tidak terjual iaitu pada 5.3% meskipun angka menunjukkan sebaliknya.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan pemetaan Indeks Rumah Mampu Milik beserta pemerhatian berlandaskan pendapatan pertengahan mengikut negeri dan daerah dalam negara.

Inisiatif ini dibuat dalam mengetahui dengan lebih lanjut kekangan yang dialami penduduk sesebuah kawasan berkenaan. Selain itu, para pemaju ini diminta untuk melaksanakan kajian terlebih dahulu sebelum membangunkan sesebuah projek pembangunan agar penawaran selari dengan permintaan setempat.

Sumber