Sebut mengenai hartanah di Malaysia, pastinya orang ramai akan membincangkan soal harganya yang tinggi dan semakin meningkat membuatkan sejumlah besar individu tidak mampu untuk memilikinya.
Hal ini nampaknya turut diterjemah menerusi laporan terbaru oleh Pasaran Hartanah Tahunan 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di mana sebanyak 36,863 unit bernilai RM22.8 bilion setakat Disember 2021 masih gagal dijual setakat ini.
Bukan itu sahaja, rumah siap dibina yang tidak terjual dilaporkan meningkat mendadak sebanyak 24.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan laporan, Selangor muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai kediaman siap dibina namun tidak mempunyai pembeli diikuti Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Dilaporkan rumah jenis kondominium dan pangsapuri merupakan yang tertinggi tidak terjual iaitu sebanyak 20,505 unit atau merangkumi 55.6 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti oleh rumah teres sebanyak 7,389 unit atau 21.3 peratus.
Mengulas dari segi harga, hartanah tidak terjual berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta antara yang memegang peratusan besar kediaman tidak terjual. Selain itu, pangsapuri servis dilaporkan gagal mendapat perhatian pembeli di mana 73.2% hartanah jenis ini tidak terjual.
Harga rumah yang di luar kemampuan orang ramai beserta pandemik COVID-19 yang melanda antara yang faktor jumlah rumah tidak terjual dilaporkan meningkat.
Sementara itu, AmInvestment Bank menjangkakan jumlah transaksi hartanah mencatatkan pemulihan secara berperingkat pada 2023 dengan sentimen pasaran yang lebih baik pasca sekatan pergerakan dan permintaan lebih tinggi susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila pelanggan IOI Mall Putrajaya ‘tersangkut’ hampir 2 jam di parkir bawah tanah pasar raya berkenaan gara-gara palang keluar bermasalah.
‘Tersangkut’ Hampir 2 Jam Di Parkir Bawah Tanah IOI Mall Putrajaya, Palang Keluar Didakwa Jadi Punca