Seperti ramai sedia maklum, harga hartanah khususnya rumah kediaman dilihat semakin meningkat. Hal ini membuatken kebanyakan individu serta keluarga gagal untuk memiliki rumah walaupun sudah bertahun-tahun bekerja.

Difahamkan peningkatan harga rumah ini didorong oleh peningkatan kos bahan binaan seperti simen dan besi sehingga 30 peratus yang sekaligus menjadi cabaran kepada pemaju perumahan untuk mengekalkan harga rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor Datuk Zaini Yusoff, bagi menyerap kenaikan kos terbabit, beberapa langkah akan diambil antaranya mengurangkan keluasan unit rumah yang bakal dibina.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor, Datuk Zaini Yusoff

Antara langkah yang boleh diambil dalam menawarkan rumah mampu milik yang lebih rendah atau kekal harganya dalam pasaran adalah penggunaan bahan-bahan yang lebih murah.

Dalam pada itu, hampir 80 peratus pembeli rumah terpaksa menolak tawaran pemilikan rumah berikutan masalah pembiayaan yang dihadapi.

Justeru, skim jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus untuk harga rumah bernilai sehingga RM300,000 diperkenalkan membantu kumpulan B40 dan M40 yang ingin memiliki rumah. Jelas beliau, skim itu membolehkan semua kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman tanpa membebankan pembeli.

Sumber