Rakyat Malaysia dilihat memanfaatkan langkah yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperkenalkan Akaun Fleksibel bagi menjalani kehidupan sehari-hari.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion setakat 24 Jun 2024.

Baca Juga:

Dalam pada itu, sebanyak RM5.12 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan, kata Kementerian Kewangan (MoF).

“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Inisiatif berkenaan adalah langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP.

MOF berkata, KWSP akan kekal komited untuk terus memberi pulangan yang kompetitif kepada para pencarum dalam usaha meningkatkan baki simpanan persaraan mereka dan mengelakkan para pencarum terjebak dalam krisis kemiskinan pada usia tua kelak.

Untuk Akauan Fleksibel, ia membolehkan ahli mengakses simpanan pada bila-bila masa tanpa sebarang sekatan. Melalui inisiatif ini badan itu tidak miliki keperluan untuk melaksanakan pengeluaran secara bersasar sepertimana yang dilaksanakan sebelum ini.