Pasangan usahawan muda, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal cukup terkenal di TikTok dengan membuat video parodi isu-isu semasa yang mengundang tawa orang ramai.
Terbaharu, pasangan tersebut berkongsi video di mana Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta Brabus 900 Rocket Edition yang bernilai 571,270 euro (RM2.8 juta) dan hanya ada 25 unit sahaja di seluruh dunia.
Baca Juga:
- Hargai Jasa Lahirkan Ramai Zuriat, Lelaki Ini Hadiahkan Isteri Ferrari RM1.2 Juta
- Kongsi Video Isteri Pertama Menangis Sebelum Poligami, Tindakan Influencer Ini Undang Persoalan Netizen
- ‘Cantik Inca Medina, Sama Macam Namanya’ – Peminat Terpesona Lihat Rupa Terkini Anak Malique
Apa yang lebih menarik perhatian netizen, Aeril Zafrel menjadikan video tersebut satu parodi kepada isu influencer berpoligami yang sedang hangat diperkatakan ramai pada ketika ini.
@aerilzafrel8 3 jam sebelum kejadian 😭😭 #tiktokawardsmy @TikTok Awards Malaysia
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan, orang ramai berasa geli hati selepas menonton video tersebut. Ramai menyatakan Aeril Zafrel sentiasa on time menghasilkan video parodi apabila ada isu-isu semasa berlaku.
Pada masa sama netizen yang mengagumi keutuhan hubungan pasangan suami isteri itu dan berharap ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Terdahulu tindakan seorang influencer berkongsi video isteri pertamanya menangis selepas solat subuh 3 jam sebelum beliau akad nikah berpoligami telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Orang ramai berpendapat perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan konten kerana ia boleh mengguris hati isteri pertamanya walaupun beliau meredhakan perkahwinan kedua itu.