Baru-baru ini, pelakon jelita Wawa Zainal menjadi bualan ramai setelah memuat naik satu hantaran video anaknya di Instagram miliknya.
Video itu menunjukkan anak perempuannya berpakaian seperti watak drama ‘Wednesday’ dengan memakai kostum dan mekap yang sama.
Baca Juga:
- ‘Ada 23 Adik Beradik Dan Hidup Susah’ – Wawa Zainal Menangis Kongsi Perjalanan Hidup Bikin Netizen Sebak
- Tunaikan Impian Isteri, Aeril Zafrel Hadiahkan Wisma Bernilai RM3.2 Juta Dengan Konsep ‘French Industrial’
- Terkesan Dengar Ceramah Ustaz Abdul Somad, Wawa Zainal Dan Suami Derma RM1.2 Juta
Bahkan, dia turut dikritik dan dikecam apabila menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lagu Gaga kerana mempunyai nama ‘Jesus’ dalam lirik lagu berkenaan.
Menerusi video itu, Wawa Zainail agak terkejut dengan komen mulut puaka dari netizen mengenai anaknya. Segelintir netizen menjatuhkan hukuman neraka kerana lalai di dunia.
Bukan itu sahaja, ada juga mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kerana didikkan yang salah.
Tidak berdiam diri, isteri Aeril Zafrel itu membalas kenyataan netizen dengan memuat naik satu foto di Instagram Story kerana terkejut dengan segelintir netizen yang menjatuhkan hukum sesuka hati ke atas kekhilafan orang lain.
Dengan mengikut trend Drama Wednesday di TikTok, dia turut memperomosikan produk solekan Wawa Cosmetics yang dipakai oleh anaknya dalam video tersebut.
Sehingga ke hari ini, Wawa Zainal masih tidak memadamkan video tersebut kerana malas menghiraukan mulut netizen.