Sejak pihak kerajaan melaksanakan subsidi diesel bersasar pada minggu lalu, ramai pihak meluahkan rasa kebimbangan terhadap kos sara hidup dan perniagaan bakal meningkat.
Hal itu turut mengundang keresahan, selebriti dan usahawan, Wawa Zainal. Dia berasa bimbang sekiranya terdapat kemungkinan berlakunya peningkatan harga barang berlipat kali ganda sehingga boleh memberi impak terhadap perniagaannya, lapor MalaysiaKini.

Baca Juga:
- ‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Luah Rasa Terkejut
- Kedai Kopi Umum Harga Secawan Naik 50 Sen Selepas Harga Diesel Naik Undang Persoalan Orang Ramai
- Harga Diesel RM3.35 Selitar Bermula Tengah Malam Ini
“Sudah tentu (beri kesan) sebab apabila harga minyak naik, semua benda lain juga akan turut naik.
“Peniaga misalnya memerlukan penghantaran melalui syarikat logistik dan pengangkutan yang guna diesel untuk mengagihkan produk mereka.
“Jadi, ya, agak mendebarkan sebagai peniaga kerana saya takut orang tidak mahu membeli sangat nanti sebab mereka berasakan perlu lebih berjimat-cermat,” katanya kepada MalaysiaKini.
Tambahnya lagi, dia sudah membuat anggaran berapakah harga produknya perlu dinaikkan. Bagaimanapun dia berharap pelanggan setia tidak mengganggap ianya satu bebanan buat mereka.
“Walaupun kita boleh anggarkan nilainya, kita cuba juga fikir positif. Saya harap pengguna masih sokong perniagaan kami walau apa pun,” jelas Wawa Zainal.