3 penyampai radio telah direhatkan serta merta daripada tugasan mereka gara gara konten yang didakwa mempersenda dan menghina agama Hindu.

Ini selepas mereka membuat jenaka dengan tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Video tersebut membuatkan ramai marah dengannya kerana dianggap biadap dan boleh menggugat keharmornian di negara Malaysia yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Direhatkan serta merta

Pihak Astro segera mengambil tindakan tegas. Di mana ketiga tiga penyampai radio tersebut digantung serta merta daripada tugasan mereka sementara siasatan ke atas perkara itu dibuat.

Dalam satu kenyataan rasmi pihak Astro Audio berkata: “Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan hati pihak terlibat.

“Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

3 penyampai radio

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.

“Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar kami serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.

“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.

“Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri. Terima kasih di atas sokongan anda.

MCMC turut ambil tindakan

Menurut laman Malaysia Gazette, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum itu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu yang melibatkan 3 penyampai radio tersebut.

'SKMM Akan Tutup Akaun Media Sosial Anak Bawah 13 Tahun' – Fahmi Fadzil
Sumber Gambar: Newswav

Ini termasuk memanggil pihakk Astro dan pengurusan stesen radio Era FM untuk hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Permohonan maaf daripada radio

Pengurusan tertinggi stesen radio tersebut sudah membuat permohonan maaf terbuka di atas perkara itu dengan menyatakan:

“Kami pihak pengurusan tertinggi ERA menyusun 10 jari memohon kemaafan berkaitan satu video yang dimuat naik baru baru ini di platform media rasmi kami berkaitan aksi kurang menyenangkan daripada penyampai radio kami sehingga mencetuskan perasaan kurang senang kepada sahabat sahabat kami yang berbangsa India terutamanya beragama Hindu dan rakyat Malaysia.”

Stesen radio tersebut berjanji akan memastikan kesilapan yang sama tak akan berulang lagi di masa akan datang dan akan lebih peka dengann keadaan di sekeliling selepas ini.

maaf era

3 penyampai radio mohon maaf

3 penyampai radio tersebut turut membuat permohonan maaf secara terbuka. Mereka akui khilaf dalam konten mereka kali ini.

3 Penyampai Radio Terkenal Mohon Maaf Persenda Agama

Namun mereka menafikan dengan niat sengaja mahu menyinggung mana mana pihak. Kesalahan tersebut dibuat tanpat sedar, menurut Azad Jasmi dalam kenyataannya.

Mereka membuat kenyataan bersama berbunyi: “Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India.

era

“Kami tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, dan kami amat menghormati kepercayaan serta nilai setiap individu. Kami akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami terutama daripada pendengar setia ERA.

“Sekali lagi, kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan tanpa sedar yang kami lakukan. Maafkan kami,” tegas 3 penyampai radio tersebut.