Awal bulan ini Singapura telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengharamkan Android Box atau Android TV di negara tersebut. Pengharaman ini dilakukan berikutan dengan cadangan pemindaan Akta Hak Cipta selepas satu kajian selama 3 tahun melibatkan penduduk tempatan.

Larangan jualan Android Box di negara tersebut dipercayai untuk mengelakkan pengguna mempunyai akses untuk menonton hiburan tanpa batas dan melindungi Hak Cipta sesebuah karya. Jika larangan ini akan mula berkuatkuasa, keuntungan syarikat TV satelit Astro Malaysia Holdings Berhad dijangka bakal mencatat pulangan tahunan yang lebih tinggi.

Settings-tab-on-smart-tv-box-1024×516-1024×516-1024×516

Hal ini disebabkan kesemua bahan tayangan milik Astro mematuhi Akta Hak Cipta dan tidak akan ada sebarang masalah jika penduduk di negara tersebut untuk melanggan perkhidmatan ini sekiranya cadangan pemindaan Akta Hak Cipta Singapura telah diluluskan nanti.

Maybank Investment Bank (IB) turut mengeluarkan analisis ringkas mengenai situasi ini. Pihak Maybank Investment percaya jika peraturan yang sama dikenakan di Malaysia, sudah pasti perkara ini akan memberikan kelebihan yang besar kepada pihak Astro.