Sejak semalam, tular beberapa tangkap layar menunjukkan hantaran seorang individu anonymous dalam group Facebook yang berkongsi hasrat untuk menjual rumah yang disewanya.

Menerusi hantaran tersebut, individu yang telah menetap lama di rumah terletak di Rawang itu mengatakan pemilik rumah sudah lama tidak munculkan diri dan dia pun sudah lama tidak membayar sewa.

Baca Juga:

Susulan itu, dia bertanyakan kepada ahli dalam group bagaimana cara untuk dia menjual rumah tersebut.

“Macam mana prosedur nak jual rumah ni ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ni sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

“Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul. Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang sebab owner dah takde dah/hilang.” tulisnya di Facebook.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa marah dengan individu itu yang mahu menjual rumah bukan miliknya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mempersoalkan tindakan individu tersebut dan menasihatinya agar mencari ahli keluarga pemilik tersebut.

Gagal mendapatkan solusi daripada ahli group dan mendapat kritikan hebat, individu itu juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen di ruangan komen kerana tidak membantunya.