Ruhainies kecewa dengan banyak laporan yang tidak tepat tentang apa yang berlaku melibatkannya dan Aliff Aziz.

Semalam Ruhainies telah menjelaskan di Instagram miliknya bahawa dia dan Aliff Aziz bukannya ditangkap basah seperti mana digembar gemburkan. Dan dia meminta semua pihak menghentikan spekulasi tentang apa yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, Ruhainies, mendedahkan bahawa tiada apa yang berlaku antara mereka ketika berada di bilik tersebut. Dan mereka menafikan bahawa mereka tidak membuka pintu selama 3 jam. Sebaliknya hanya 30 minit sahaja.

Lagipun mereka berdua sekadar kawan. Dan hubungan persahabatan mereka sudah terjalin lebih 10 tahun lamanya kata Ruhainies. Ini ditambah dengan situasi mereka kini yang sedang menjalani penggambaran drama.

Lantas Ruhainies meminta semua pihak hentikan fitnah tentang mereka.

Dipetik daripada BH Online, Ruhainies berkata: “Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat.

“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti.”

Bercakap tantang laporan bahawa mereka mengurung diri selama 3 jam, Ruhainies menambah: “30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.”

Ruhainies benar benar berharap pihak media dan netizen berhenti menokok tambah cerita sehingga dia mengeluarkan kenyataan rasmi kelak.