Ruhainies tampil memperbetulkan tuduhan bahawa dia da Aliff Aziz telah kena tangkap basah oleh jabatan agama beberapa hari lalu.

Di mana ketika itu isteri Aliff Aziz iaitu, Bella Astillah dirakam hadir ke jabatan agama pada jam kira kira 2.40 pagi.

Baca Juga:

Kemudian media melaporkan bahawa Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di dalam sebuah bilik. Di mana mereka tidak mahu membuka pintu selama 3 jam. Sehinggalah jabatan agama memutuskan untuk meminta bantuan bomba.

Akhirnya Aliff Aziz membuka pintu. Kedua duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ruhainies menegur laporan media yang mengaitkan dia dengan Aliff Aziz melakukan perkara tidak senonoh di dalam hotel sehingga kena tangkap basah.

“Salam ingin saya perbetulkan di sini, hati hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam konten supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan memburukkan lagi keadaan.

“Ianya sama sekali bukan tangkap basah.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah kenyataan daripada saya dan ianya tidak tepat.

“Saya mohon media supaya tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi ataupun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.

“Saya mohon kerjasama semua pihak agar lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” tegas Ruhainies.

Sebelum ini Ruhainies dan Aliff Aziz sudah memberitahu umum bahawa mereka akan menjelaskan keadaan sebenar pada malam mereka diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut Aliff Aziz dia bukan cuba menegakkan benang yang basah, namun keadaan yang digambarkan di media seperti yang sebenarnya berlaku.

Aliff Aziz akui bahawa keadaan tersebut memang menimbulkan syak wasangka dan dia sepatutnya boleh mengelakkannya. Itu kesilapan dari pihaknya kata Aliff Aziz.

‘Keadaan Tersebut Mewujudkan Syak Wasangka’ – Aliff Aziz

Ruhainies juga nampak tenang dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dia sempat memuat video dia dengan Aliff Aziz bersantai santai di set penggambaran sambil mendengar penyanyi itu mengalunkan lagu Hakikat Sebuah Cinta.

Nama Aliff Aziz memang tak lekang dengan kontroversi sejak bergelar artis.