Baru-baru ini, pelakon terkenal veteran, Zulkifli Ismail berkongsikan kisahnya menyewa sebuah rumah yang memberi banyak kenangan buatnya.
Menerusi laman Facebook miliknya, dia memuat naik foto bersama kapsyen sedih sebelum meninggalkan rumah tersebut.
Baca Juga:
- Kecewa Sikap Segelintir Penduduk PPR, Norlia Ghani Berhasrat Mahu Pindah Rumah
- Sering Sakit Sejak Pindah Rumah, Doktor Akhirnya Terpaksa Keluarkan Helaian Rambut Di Tapak Kaki
- Rumah Berkonsepkan ‘Nature’ Makan Tuan, Hanya 10 Penghuni Berpindah Disebabkan Banyak Nyamuk
Menurut pelakon legenda Gerak Khas itu, rumah terletak Bandar Tun Razak berkenaan banyak berjasa buatnya dan keluarga.
Bukan itu sahaja, Zulkifli sudah menyewa rumah itu selama 32 tahun, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas sekarang.
“Sejak mash bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini,” tulisnya di kapsyen yang menyayat hati itu.
Selain itu, Zulkifli turut mengatakan harga rumah sewa berkenaan semakin mahal. Pada mulanya, dia hanya menyewa dengan harga RM350 sebulan sehinggalah naik kepada RM1,000 sebulan.
Difahamkan, pelakon yang berusia 59 tahun itu akan berpindah ke Kajang yang merupakan rumahnya sendiri.
Dalam pada itu, ada segelintir yang mengkritik tindakannya kerana tidak membeli rumah lebih awal berbanding menyewa dalam tempoh panjang selama 32 tahun.
Bagaimanapun Zulkifli berkata pada ketika itu, pihak bank tidak membenarkannya untuk membuat pinjaman membeli rumah malah menambah tuan rumah yang disewa tidak mahu menjualnya.