Teringin untuk mencuba teknologi meja makan ruang berpasangan 3D Projection Mapping? Buat pertama kali di Malaysia, anda boleh mencubanya di Dinetopia @ Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.

Dijemput untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman makan di sini, ia sememangnya sangat unik. Sepanjang 45 minit makan di sini, anda akan terpaku dengan keindahan grafik yang dipancarkan di seluruh bilik dan juga pada meja makan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=wzPcj3dOMH4

Lebih menarik, imej yang dipancar juga akan bertukar mengikut menu yang akan dihidangkan. Disebabkan makan di sini berkonsep fine dining, sebanyak 4 set juadah akan dihidangkan kepada anda. Imej yang dipancar juga berbeza mengikut tema makanan yang ditawarkan. Diinspirasikan daripada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, begitu juga hidangan yang akan disediakan. Setiap hidangan mewakili setiap etnik yang ada di Malaysia dan hidangan di sini memang sangat ‘majmuk’ pada pandangan kami.

Sebagai contoh, set hidangan utama (yang boleh dipilih antara ikan salmon premium atau daging Angus dari Australia) pancaran grafiknya adalah ibarat anda berada di sebuah kampung yang sangat tenteram. Hidangan utama Dinetopia ini juga sangat unik; fusion antara barat (salmon dan daging Angus) dengan rasa traditional (sayur dan nasi). Gabunganya pula surprisingly memang sedap dan ‘kena’!

Menariknya, Ruang makan anda akan dihiasi dengan montaj hebat sepanjang pengalaman makan selama 45 minit berkonsep fine dining di Dinetopia. Hanya 64 orang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa untuk anda merasai pengalaman hebat ini.

Dinetopia 4
Abalon Asia Ceviche bersama Suun yg digaul dengan Bunga Kantan & Daun Ohba dan dihidang bersama Teh Hijau Thai yang dicampur dengan Kulit Limau Nipis sebagai pembuka selera
Dinetopia 2
Sup Ayam Yakhni dengan minyak Daun Ketumbar dan Cili. Perah sos dalam tiub untuk menambah rasa
Dinetopia 3
Hidangan utama, Daging Mata Rusuk bersama Kuah Masak Lemak Cili Api, Nasi Hitam, Jeruk Biji Sawi dan Sayur Goring Sambal Belacan
Dinetopia 1
Set pencuci mulut, Salmon Atlantik Bakar bersama Kuah Masak Lemak Cili Api, Nasi Hitam, Jeruk Biji Sawi dan Sayur Goring Sambal Belacan

Untuk merasai pengalaman hebat ini bersama teman atau cinta hati anda, anda boleh terus membuat tempahan di Grand Ion Delemen Hotels di sini atau di talian 03-6433 2200.

Harga untuk ke sesi Dinetopia ini adalah RM399 untuk seorang. Khas sempena pelancaran Dinetopia, promosi potongan harga 50% untuk pasangan anda sedang berlangsung sehingga 15 Disember 2019 sekiranya tempahan dengan kod promo 2ND50. Tidak terlupa buat pengguna AirAsia Big Points, masukkan nombor Air Asia BIG untuk mendapat 888 mata BIG Points apabila anda makan di sini.

Apa salahnya belanja isteri atau pasangan anda di sini untuk satu pengalaman yang anda akan kenang sampai bila-bila. Untuk memudahkan anda, terus sahaja buat tempahan bilik di Grand Ion Delemen Genting Highlands. Lebih-lebih ketika ini, udara di atas sana sejuk dan nyaman. Sangat sesuai untuk shortescape daripada kesibukan ibu kota.

Tidak lengkap jika ke Genting Highlands tetapi tidak berkunjung ke taman temanya. Dengar khabar ada tarikan terbaharu yang anda patut cuba di sana.

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

Taman Tema Genting Highlands Bakal Dibuka Menjelang 2020

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands