4 suspek pecah rumah Kieda Crepe akan didakwa sebaik sahaja siasatan ke atas mereka selesai, menurut polis.

Sebelum ini gempar apabila rumah usahawan dan pempengaruh, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe dipecah masuk April lalu.

Terbaru, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan bahawa polis telah melengkapkan siasatan ke atas empat individu yang ditahan berhubung kes pecah rumah usahawan terkenal tersebut.

Keempat empat suspek juga telah melarikan barang kemas dari rumah Kieda yang bernilai kira kira RM800,000.00 dari rumah mangsa.

Kieda kemudian mendedahkan suspek yang memecah masuk rumahnya dan percaya suspek yang sama pernah memecah masuk rumah Kak KM dan pempengaruh lain.

Polis bertindak dengan menangkap kesemua suspek pada 6 jun yang lalu. Dan kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Memetik laporan Berita Harian lagi, polis ketika itu merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut selepas sebahagian besarnya sudah dijual.

Kieda Crepe ketika itu menyatakan dia menyimpan barang kemas di dalam rumahnya. Ada barang kemas itu yang memiliki nilai sentimental tersendiri.

Selain itu Kieda juga turut menyimpan wang di peti keselamatan di rumahnya.

Selepas siasatan selesai, mereka yang memecah masuk rumah Kieda Crepe akan didakwa di mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Polis turut merampas pelbagai barangan kemas dan emas bernilai RM100,000 daripada kesemua suspek. Dan turut mendapatkan semula resit pajak gadai bernilai RM400,000 hasil daripada penjualan emas dan barang kemas yang dicuri mereka.

Menurut sumber yang sama, kesemua 4 suspek yang ditahan terdiri daripada dua pasangan suami isteri berusia 20 hingga 27 tahun.