Bergelar usahawan dan penceramah, Ebit Lew suatu ketika dahulu pernah menjadi idola kepada ramai berikutan sikapnya yang suka menderma.
Dalam pada itu, nama baik beliau dilihat semakin tercalar sejak akhir-akhir ini selepas didakwa terlibat dengan kes mahkamah berikutan dakwaan berkait dengan gangguan seksual dan sebagainya.
Baca Juga:
- Saksi Dedah Ebit Lew Ajak Tukar Pasangan Untuk Lakukan Hubungan Intim
- ‘Fitnah Melampau Dan Tidak Berasas’ – Ebit Lew Bela Diri Buat Laporan Polis Selepas Pulang Dari Jeddah
- ‘Kau Tidak Tahu Kotornya Dia’ – Mondy Dedah ‘Wajah Sebenar’ Ebit Lew
Terbaharu, tular sebuah notis daripada Facebook SCRUT yang memaklumkan Elews Mart yang diusahakan oleh Ebit Lew bakal ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.
Rangkaian pasar raya itu memaklumkan penutupan semua cawangan yang ditujukan kepada semua pembekal.
“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.
“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” kata notis berkenaan.
Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada netizen yang memaklumkan segelintir cawangan Elews Mart tidak mempunyai pelanggan dan barangan yang semakin berkurangan namun masih beroperasi.
Sementara itu, Facebook rasmi Elews Mart dilihat tidak dikemas kini sejak dari September 2023 lalu.