Setiap kali travel, antara perkara penting yang dititik beratkan adalah bajet. Namun begitu ada orang masih boleh mengembara dengan bajet yang minima.

Berikut saya kongsikan bagaimana anda boleh travel ke 4 lokasi berikut dengan bajet bawah RM1,000 termasuk tiket kapal terbang.

1. Beijing, China

lokasi-lawatan-percuma-di-bejing-1
National Museum of China
lokasi-lawatan-percuma-di-bejing-2
Beijing Museum of Natural History
lokasi-lawatan-percuma-di-bejing-3
Tian’anmen Square
lokasi-lawatan-percuma-di-bejing-4
798 Art Zone

Tidak sukar untuk tetapkan bajet ke China kerana matawang Malaysia lebih tinggi daripada matawang negara ini. Berikut anggaran bajet untuk rujukan anda.

Tempoh: 5 hari 4 malam

Tiket flight: RM500
Penginapan: RM200 (jika anda menginap secara couchsurfing kos ini tiada. Untuk pengetahuan komuniti couchsurfing di Beijing sangat aktif)
Makan: RM150
Pengangkutan: RM150

Berikut pula adalah lokasi menarik yang anda boleh lawati dan masuk secara percuma sewaktu travel di Beijing:

1. National Museum of China – muzium yang menyimpan banyak khazanah lama Republik Rakyat China. Berbagai pameran turut dianjurkan di sini sepanjang tahun antaranya pameran matawang lama China, pameran jade purba, seni tembaga lama China, seni porselin lama, dan pameran ukiran Buddha lama. Pameran seperti ini banyak menarik pelawat dan traveller yang berkunjung ke Beijing.

2. Beijing Museum of Natural History – muzium sejarah semulajadi pertama di China yang memaparkan koleksi berskala besar dan kaya dengan sejarah. Antara yang dipamerkan di sini adalah haiwan dari zaman dinasour, meland the Green, Paleontologi, dan Misteri Kemanusiaan. Kanak-kanak pasti suka jika dibawa ke sini.

3. Tian’anmen Square – Mungkin ramai yang menyangka kena bayar jika masuk ke sini. Rupanya tidak. Masuk adalah percuma. Tian’anmen Square yang merupakan dataran awam yang menjadi saksi antara sejarah terbesar Republik Rakyat China. Terletak di pusat bandar Beijing, ia merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati di Beijing.

4. 798 Art Zone – merupakan zon seni yang dianggap mewakili Beijing. Terletak di Art Danshi District, 798 Art Zone asalnya adalah sebuah kilang tapi telah diubahsuai menjadi zon seni. Berbagai pameran seni turut dianjurkan di sini.

Baca Tip Travel Backpacking Ke Beijing Dengan Bajet Bawah RM1000 untuk rujukan yang lebih lengkap.

Juga, jika anda mahu ke Tembok Besar China, Cara Ke Tembok Besar China Tanpa ‘Tour Guide’ Dan Di Lokasi Kurang Pelawat ini mungkin dapat membantu anda.

2. Taipei, Taiwan

Elephant Mountain
lokasi-lawatan-percuma-di-taipei-2
Chiang Kai Shek Memorial Hall
lokasi-lawatan-percuma-di-taipei-3
Beitou Geothermal Valley
lokasi-lawatan-percuma-di-taipei-4
Longshan Temple

Taiwan mungkin bukan destinasi kegemaran bagi traveller Malaysia. Namun begitu, Taiwan sebenarnya memiliki banyak taman negara untuk diterjah serta attractions yang boleh anda masuk secara percuma.

Sebagai panduan saya kongsikan anggaran bajet untuk rujukan anda:

Tempoh: 4 hari 3 malam

Tiket flight: RM400
Penginapan: RM200 (jika anda menginap secara couchsurfing kos ini tiada)
Makan: RM150 (makanan halal di Taiwan agak sukar jadi sebaiknya bawa makanan dari Malaysia)
Pengangkutan: RM250

4 lokasi menarik yang boleh anda lawati di Taipei secara percuma:

1. Elephant Mountain – Taipei merupakan lokasi kepada bangunan ke 2 tertinggi di dunia iaitu Taipei 101. Dari menara ini anda boleh lihat seluruh bandar Taipei dari atas. Tapi untuk naik ke sini ada perlu bayar.

Hakikatnya pemandangan yang sama dapat anda lihat secara percuma dari Elephant Mountain dan lokasi trek ke puncak gunung ini hanya terletak kira-kira 15 minit daripada Elephant Mountain. Apa yang lebih menarik anda juga akan dapat pemandangan dengan berlatar belakangkan menara Taipei 101.

2. Chiang Kai Shek Memorial Hall – merupakan presiden pertama Republik Rakyat China, di memorial hall ini telah didirikan patung gangsa presiden ini sebagai penghormatan. Di sini juga terdapat changing guard ceremony yang diadakan setiap hari. Jika anda ke Taipei, lokasi ini antara yang tak wajar anda lepaskan.

3. Beitou Geothermal Valley – terletak di utara bandar Taipei, Beitou Geothermal Valley terkenal di Taipei kerana kolam air panasnya. Dibina sewaktu Taiwan di bawah penguasaan Jepun satu ketika dulu, Beitou Geothermal Valley mudah untuk diakses melalui pengangkutan awam. Ia terletak 10 minit daripada stesen Xinbeitou Station.

4. Longshan Temple – terletak di tengah-tengah bandar Taipei, keunikan Longshan Temple kerana ia tidak hanya mewakili 1 agama. Sebaliknya temple ini meliputi 3 agama iaitu Budha, Tao dan amalan lama masyarakat di sini. Pernah musnah kerana bom sewaktu perang dunia ke 2, Longshan Temple telah dibaik pulih sehingga hampir menyamai binaan asalnya.

3. Seoul, Korea

lokasi-lawatan-percuma-di-seoul-1
Bukchon Hanok Village
Olympic Park
lokasi-lawatan-percuma-di-seoul-3
The War Memorial Of Korea
lokasi-lawatan-percuma-di-seoul-4
Seoul City Hall

Korea merupakan antara destinasi popular bagi rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan demam K-Pop yang masih belum kebah. Banyak lokasi menarik yang boleh anda terjah di Korea terutama di sekitar Seoul. Ini anggaran bajet saya:

Tempoh: 4 hari 3 malam

Tiket flight: RM450
Penginapan: RM200 (jika anda menginap secara couchsurfing kos ini tiada)
Makan: RM150
Pengangkutan: RM250

4 lokasi menarik boleh anda lawati secara percuma di Seoul

1. Bukchon Hanok Village – merupakan perkampungan tradisi Hanok yang terletak di Anguk Station, berhampiran Samcheongdong di di utara Seoul central. Bangunan kayu tradisi Hanok masih dipelihara dengan baik di perkampungan ini. Beberapa bangunan juga turut dijadikan guesthouse untuk kunjungan para pelawat.

2. Olympic Park – Seoul pernah menjadi tuan rumah bagi temasya suka Olympic pada tahun 1988 dan sejak itu taman ini dipelihara dengan baik. Merupakan arena sukan terbesar di negara ini, Olympic Park kini menjadi lokasi beriadah bagi penduduk tempatan serta lokasi lawatan bagi mereka yang berkunjung ke Seoul.

Antara rekaan arkitektur menarik yang boleh anda lihat di sini termasuklah Mongchontoseoung Fortress, muzium Olympik lengkap dengan permainan sukan interaktif, World Peace Gate serta taman-taman seni.

3. The War Memorial Of Korea – di sini telah didokumenkan sejarah peperangan Korea. Merupakan antara yang terbesar seumpamanya di dunia, penyelidikan meluas telah dilakukan untuk melengkapkan pameran termasuk peralatan paparan bangunan yang digunakan semasa Perang Korea.

Sejarah persenjataan dan peralatan yang digunakan sewaktu perang dunia ke 2 dan perang Vietnam turut pamerkan di sini. Turut tersimpan adalah 17,800 fail dan artifak perang.

4. City Hall – merupakan lokasi yang memaparkan sejarah, budaya dan keindahan alam semulajadi Dinasti Joseon. Di sini anda dapat lihat mercu tanda Korea yang melambangkan masa lalu dan masa sekarang. Di sini juga terdapat tugu peringatan King Sejong dan Laksamana Yi Sun-Shin, wira perang tentera laut Korea.

Mungkin 5 Tip Travel Cara Bajet ‘All In’ Bawah RM1000 Selama 5 Hari Di Seoul, Korea, dan Gadis Ini Dedah 7 Rahsia Travel Ke Seoul Dengan Bajet RM1000 serta Ini Caranya Saya Dapatkan ‘Tour Guide’ Percuma Semasa Travel Di Seoul, Korea ini dapat bantu anda merangka perancangan trip anda.

4. Tokyo, Jepun

lokasi-lawatan-percuma-di-tokyo-1
Asakusa Kannon
lokasi-lawatan-percuma-di-tokyo-2
Tsukiji Fish Market
lokasi-lawatan-percuma-di-tokyo-3
Free tour guide di Tokyo
lokasi-lawatan-percuma-di-tokyo-4
Muzeum Sumo

Tidak dinafikan kos dan perbelanjaan di Jepun adalah tinggi. Namun anda masih boleh berkunjung ke negara ini dengan bajet RM1K jika tahu bagaimana untuk berjimat.

Tempoh: 4 hari 3 malam

Tiket flight: RM500
Penginapan: RM200 (jika anda menginap secara couchsurfing kos ini tiada)
Makan: RM150 (jika bawa bekal dari Malaysia, boleh jimat untuk makan)
Pengangkutan: RM250

Berikut lokasi yang boleh anda kunjungi dan masuk secara percuma

1. Kuil tertua di Tokyo – juga dikenali sebagai Asakusa Kannon, kuil ini telah dibina pada adab ke 7. Jika anda ke sini dan lihat ada yang menggosok asap daripada colok yang dibakar, ini kerana mengikut kepercayaan masyarakat di sini, asap tersebut dapat menyembuhkan penyakit. Di sekitar kuil ini juga terdapat banyak gerai menjual snek, makanan tradisi serta makanan moden.

2. Tsukiji Fish Market – pasar yang dibuka awal pagi dan di sini anda dapat melihat pelbagai hasil tangkapan laut termasuk hidupan pelik yang mungkin tak pernah dilihat sebelum ini. Di sini anda berpeluang mencuba sushi dan sashimi segar, serta tiram laut.  Turut dijual di sini termasuklah mata dan otak ikan.

3. Free tour guide – Tokyo memiliki banyak tempat untuk dilawati dan leboh menarik jika anda dibawa melawat lokasi oleh penduduk tempatan tersebut secara percuma.

Mereka yang menyediakan tour guide percuma ini terdiri daripada pelajar universiti, suri rumah serta warga emas. Tour bermula di beberapa tempat di sekitar Tokyo. Anda boleh rujuk info lanjut di Goodwill Guide tours of Tokyo. Diakhir lawatan, anda boleh berikan sedikit bayaran kepada tout guide anda sebagai saguhati. Namun begitu tiada kadar tertentu ditetapkan.

4. Muzeum – Tokyo turut menyediakan banyak muzeum untuk dilawati dan ada diataranya tidak mengenakan bayaran masuk. Muzeum yang anda boleh masuk secara percuma adalah Sumo Museum, Parasite Museum, Advertising Museum, Beer Museum Yebisu, Eyeglass Museum, Japan Stationary Museum, Fire Museum, Banknote and Postage Stamp Museum dan the Currency Museum. Tinggal pilih saja muzeum mana anda mahu pergi. Secara peribadi muzeum sumo kelihatan menarik untuk mempelajari sejarah sukan tradisi Jepun ini.

Mungkin Itinerari Travel 6 Hari Di Jepun Dengan Total Bajet RM1700 Sahaja dan 5 Tip Travel Seminggu Di Tokyo, Jepun Dengan Bajet RM300 dapat dijadikan panduan untuk anda merancang percutian ke Tokyo.

Bagaimana mahu travel dengan bajet sebanyak ini? Kami yakin inilah persoalan yang bermain di fikiran anda. Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk anda berjimat:

1. Bawa makanan dari Malaysia – selain daripada berjimat anda tahu makanan yang anda bawa tiada keraguan dari segi halalnya. Serunding, nasi impit, maggi dan Brahims antara yang boleh anda bawa.

2. Cari penginapan alternatif selain daripada hotel. Antara pilihan yang anda boleh dapati adalah:

  • Hostelworld – sewaan penginapan cara asrama dengan kadar yang rendah.
  • AirBnB – sewaan bilik dan rumah pada harga berpatutan. Mudah untuk memasak kerana biasanya ada dapur disediakan bersama penginapan.
  • Couchsurfing – tinggal bersama orang tempatan di negara yang anda kunjungi. Tiada bayaran dikenakan dan anda berpeluang untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat dengan lebih dekat.
  • WWOOFer – melalui WWOOFer anda tinggal percuma di rumah host, dan sebagai balasan anda berkhidmat dan membantu host secara percuma. Satu lagi cara untuk anda belajar cara hidup masyarakat setempat. Mungkin kisah bagaimana Gadis ini Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun dapat bantu anda lebih memahami konsep WWOOFer.
  • Hitchhike – merupakan satu cara untuk anda bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan menumpang kenderaan penduduk tempatan. Baca 9 Tip ‘Hitchhiking’ Di Jepun Dan Mungkin Juga Boleh Guna Di Negara Lain

3. Beli tiket flight sewaktu sale. Ye. Tiket flight sering memberi kesan kepada total bajet anda. Jika dapat harga tiket flight yang murah, baki daripada bajet anda boleh digunakan untuk makan, pengangkutan dan mungkin juga beli sedikit cenderahati.

Untuk pengetahuan anda, sempena musim panas ini, AirAsia X menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur (dan transit di Pulau Pinang) ke 4 lokasi di atas.

Harga tiket bermula dari RM349 ke China, RM299 ke Taiwan, RM429 ke Korea dan RM329 ke Jepun. Tempahan dengan harga menarik ini boleh dibuat di website AirAsia.com bermula hari ini sehingga 29 Jun 2016, bagi tempoh penerbangan dari 20 Jun – 3 Jan 2017.

Jika anda sedang berkira mahu ke salah satu daripada lokasi ini, inilah masanya untuk anda dapatkan tiket flight dengan harga yang menarik.