Kira-kira 400 mangsa skim pelaburan mata wang (Forex) yang dilaporkan telah ditipu lebih RM100 juta, petik New Straits Times.

Ejen insurans Lee Jian Shiun, 32, antara mangsa yang mengadakan sidang media di sebuah pusat beli-belah di Subang semalam bagi memberi perhatian kepada nasib mereka.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Lee, dia mula diperkenalkan dengan skim pelaburan itu oleh rakannya pada 2016 yang menawarkan pulangan dua peratus keuntungan setiap bulan selain ganjaran lumayan jika berjaya membawa masuk pelabur lain.

Lee berkata beliau dibawa berjumpa warga asing yang mendakwa sebagai ketua broker yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat itu.

Menurut Lee, dia mula diperkenalkan dengan skim pelaburan itu oleh rakannya pada 2016 yang menawarkan pulangan dua peratus keuntungan setiap bulan selain ganjaran lumayan jika berjaya membawa masuk pelabur lain.

Lee berkata beliau dibawa berjumpa warga asing yang mendakwa sebagai ketua broker yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat itu.

“Pada awalnya, saya memang mendapat pulangan yang dijanjikan setiap bulan dan yakin syarikat itu sah. Saya kemudian membawa masuk beberapa ahli keluarga dan rakan untuk melabur bersama dan mereka semua menerima pulangan mereka.

“Bagaimanapun, pada 2022, kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan dan pihak syarikat memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa masalah itu berpunca daripada pihak bank.

“Sehingga satu hari, ketua broker itu tersilap menghantar mesej mengenai pembahagian wang pelabur dengan dua rakan kongsinya ke dalam kumpulan WhatsApp yang membuktikan wang kami tidak dilaburkan sebaliknya dibahagikan antara mereka,” katanya.

Lee berkata, selepas kejadian itu, dia berkeras supaya wangnya dipulangkan tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian. Dia kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ethan, 32, turut mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas menyertai skim pelaburan itu sejak 2017.

Ethan berkata, dia diperkenalkan dengan skim itu oleh rakan yang memaklumkan syarikat terbabit mempunyai reputasi yang baik dan mempunyai ramai pelabur di seluruh rantau Asia, membuatkan dia yakin untuk melabur.

“Sepanjang lima tahun melabur, saya memang mendapat pulangan pelaburan dan mendapat ganjaran kerana membawa masuk pelabur lain mengikut tempoh ditetapkan walaupun kadangkala ada pembayaran lewat.

“Tetapi mulai 2022, saya dan rakan-rakan tidak lagi menerima pulangan seperti biasa atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Selepas menunggu lebih setahun, saya dan rakan pelabur tampil membuat laporan polis,” katanya.

Memetik New Straits Times lagi, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim berkata pertubuhan itu menerima kira-kira 400 aduan mengenai skim pelaburan mata wang asing yang ditawarkan syarikat itu.

“Berdasarkan aduan, kami mendapati modus operandi syarikat ialah melantik broker pelaburan yang kononnya menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat. Broker akan melantik ejen pemasaran untuk mempromosikan skim pelaburan mereka.

“MHO mengesyaki tawaran skim pelaburan itu adalah haram kerana syarikat itu tidak mematuhi undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal selia syarikat pelaburan di Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan.