Hasil kajian bukti konsep (POC ) dijalankan Future Studies Berhad (THE FUTURE) mendapati sebanyak 45.8 peratus daripada responden mengakui terpaksa mengambil pinjaman utnuk membiayai majlis perkahwinan.

Jumlah perbelanjaan perkahwinan kebanyakannya dalam lingkungan RM20,001 hingga RM40,000, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Ketua Ekonomi THE FUTURE, Dr Mohd Yusof Saari menyatkaan pinjaman peribadi adalah sumber pembiayaan utama.

58.8% responden memilih untuk menggunakan kaedah tersebut.

“Ia diikuti kad kredit dan pilihan ‘beli sekarang, bayar kemudian’, masing-masing 16.6 peratus, yang menunjukkan kebergantungan kepada kemudahan kredit jangka pendek.

“Lebih separuh iaitu 54.5 peratus daripada peminjam menghadapi tempoh bayaran balik melebihi lima tahun, menggambarkan tekanan kewangan jangka panjang yang dikaitkan dengan hutang berkaitan perkahwinan,” terang beliau kepada Berita Harian.

Guna 20% pendapatan buat bayar pinjaman

Sementara itu, lebih separuh atau 54.5% responden memperuntukkan antara 10 hingga 20% daripada pendapatan bulanan mereka untuk bayaran balik pinjaman perkahwinan.

Menurut Dr Mohd Yusof, 72.7% membuat bayaran semula. Manakala lebih suku atau 27.3 peratus mengalami tunggakan.

“Ia sekali gus menandakan tekanan kewangan yang mula dirasai dalam kalangan peminjam,” katanya.

Sumber