Jersi home baharu yang dilancarkan oleh kelab Thailand, Buriram United telah habis terjual tidak sampai 48 jam selepas pelancaran.

Buriram melancarkan jersi home baharu pada 2 Ogos lalu dimana mereka kekal menggunakan warna biru sebagai warna utama dan ada sedikit perubahan di bahagian kolar.

Baca Juga:

Sebelum aksi pra musim menentang Uthai Thani baru-baru ini, pihak kelab mengumumkan sebanyak 30 ribu helai jersi home baharu sudah habis dijual.

Buriram United Raih Jutaan Ringgit

Buriram menjual jersi home mereka dengan harga 840฿ atau sekitar RM109 sehelai.

Ini bermakna, kelab itu mendapat pulangan dari hasil jualan jersi lebih dari 25 Juta Baht atau sekitar RM3.2 Juta.

Buriram United
Jersi Buriram

Ini bukan kali pertama Buriram United mencatat jumlah jualan jersi yang dianggap luar biasa.

Pada September tahun lalu, bekas kelab Dion Cools itu mengutip RM2.78 Juta pada hari pertama jualan jersi merah jambu mereka  sebelum perlawanan Liga Thailand menentang PT Prachuap.

Buriram United
Kredit Foto: Buriram

Pada awal musim 2023/2024, kelab itu meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu.

Buriram United menjual jersi dengan harga 740 Baht atau sekitar RM98 sehelai dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 45,000 helai jersi pada hari pertama jualan.