Seorang warga Pakistan tidak menyangka tindakannya memandu kereta di pesisir pantai Port Dickson mendatangkan musibah ke atasnya.

Baru-baru ini seorang TikToker Mat Saleh terjumpa sebuah kereta Chevrolet terdampar di pesisiran pantai.

Baca Juga:

Pelik melihat situasi itu, Alexec Brock bertemu dengan pemandu kereta tersebut yang sedang duduk berteduh berhampiran.

@alexey.brock

🇲🇾😅Stuck in Port Dickson.. Came back to the same place at night, the car was gone. Towed or into the unknown – we shall not know🌊

♬ original sound – Alexey.brock – Alexey.brock

Menurut lelaki itu, dia berasal dari Pakistan dan menyewa kereta milik seorang warganegara Singapura.

Alexec bertanya adakah dia memandu di kawasan air laut itu, namun lelaki warga Pakistan menafikannya.

“Saya sedang memandu perlahan, tiba-tiba pasir pantai menjadi basah disebabkan air laut tinggi secara mengejut.

“Awal-awal memandu, kawasan ini tidak dinaiki air,” jelas lelaki Pakistan tersebut.

Lelaki itu berharap kereta tersebut dapat dibawa keluar daripada kawasan berkenaan.

Alexec menyatakan apabila dia kembali semula ke tempat itu, kereta tersebut sudah tiada lagi.

'4x4 Pun Tak Berani Masuk' – Warga Pakistan Bawa Kereta Sewa Tersangkut Di Pantai Port Dickson
Sumber Gambar: TikTok @alexey.brock

Menurut warganet, kereta 4×4 pun tak berani masuk kawasan pasir pantai kerana permukaannya yang berbeza daripada tanah-tanah lain.

Kata netizen lagi, pemilik kenderaan mesti pening kepala untuk baiki keretanya yang sudah kena air masin laut.