Kenaikan kos pengangkutan awam seperti komuter, LRT dan ERL di negara ini yang semakin meningkat menyebabkan ramai pengguna merungut dengan  tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib ini.

Tapi adakah anda tahu bahawa syarikat penerbangan tambang murah AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah semurah-murahnya?

Bayangkan sekiranya anda naik bas KL – KOTA BHARU sehala tambangnya adalah RM50.00 untuk perjalanan selama 8 jam.

Tapi dengan AirAsia anda mampu pulang ke KOTA BHARU dengan tambang serendahRM19.90 dan tempoh perjalanan hanya tak sampai sejam.

Jadi di sini saya ingin berkongsi cara mudah untuk mendapatkan tambang murah hanya dengan AirAsia, sesuai dengan tagline syarikat penerbangan ini iaitu “NOW EVERYONE CAN FLY”.

Ikuti tips berikut bagaimana saya mendapatkan tambang murah ini:

1. Register sebagai ahli Airasia kerana anda akan diberitahu melalui email sekiranya ada tiket promosi dan diberikan akses untuk priority booking.

cara-beli-tiket-airasia-murah-1

2. Sign up BIG card untuk menikmati berbagai kelebihan dan faedah di AirAsiabig.com.

cara-beli-tiket-airasia-murah-2

cara-beli-tiket-airasia-murah-3

Selepas menjadi ahli anda berpeluang untuk:

• Kumpul mata ganjaran
• Tukar mata ganjaran kepada tiket kapalterbang dan juga hotel penginapan
• Tiada yuran proses dikenakan

Bayangkan sekiranya anda beli tiket AirAsia dan menggunakan Big Card sebagai cara untuk membuat bayaran, anda akan mendapat mata ganjaran yang mana apabila mata ganjaran ini dikumpulkan, ia boleh digunakan untuk membeli tiket kapalterbang.

Big card juga boleh di gunakan untuk membeli belah dan juga untuk bayaran bagi pembelian online sama sepertimana kad kredit. Setiap RM1 yang dibelanjakan anda akan mendapat 3 Point AirAsia Big.

3. Mata ganjaran dan tunai

cara-beli-tiket-airasia-murah-4
Ini apabila anda menggunakan Point 500 dan tunai

cara-beli-tiket-airasia-murah-5

cara-beli-tiket-airasia-murah-6
Ini pula bila anda menggunakan Website AirAsia (tunai)

Anda boleh gunakan Big point; minimum  500 mata ganjaran sahaja untuk membeli tiket dengan harga lebih murah berbanding harga yang terpapar di website AirAsia. Contoh seperti gambar di atas.

Baca: Bukan Sahaja Penerbangan, AirAsia Adalah Sebuah Syarikat Internet

4. Kumpul mata ganjaran (collect point)

cara-beli-tiket-airasia-murah-7

cara-beli-tiket-airasia-murah-8

Anda boleh mengutip mata ganjaran untuk AirAsia BIG seperti Maybank Treatpoint , Sogo, Petronas, Bcard, Mydin. Semua ini boleh boleh ditukar kepada Big point.

Untuk pengetahuan anda juga, berbelanja di KLIA gateway juga boleh dapat mata ganjaran iaitu RM1=1 Point, manakala apabila anda berbelanja di Paradigm Mall pada hari biasa anda akan mendapat double point dan 1 point pada Sabtu dan Ahad. Semua ini ada dinyatakan di website AirAsiaBig.

5. Panggilan Terakhir melalui AirAsia Big

Sekiranya anda ingin terbang dalam masa terdekat, Final Call Promo adalah jawapannya. Tebus mata ganjaran anda dan pay Tax for FREE fly.

cara-beli-tiket-airasia-murah-9

cara-beli-tiket-airasia-murah-10

Nota Kaki:

1. Sentiasa peka dengan promo terkini AirAsia.
2. Kumpul mata gamjaran sebanyak mungkin untuk tukar dengan tiket penerbangan percuma.

Diharap tips di atas membantu anda untuk mendapatkan tiket AirAsia dengan lebih murah. Saya sudah. Anda bila lagi?

Baca lagi: ‘Mobile Apps’ Terbaru AirAsia Bakal Mudahkan Urusan Penerbangan Anda