Zaman sekarang, kereta bukan lagi sekadar alat pengangkutan. Ia adalah refleksi gaya hidup, personaliti dan tidak keterlaluan untuk mengatakan ia melambangkan status sosial.

Sekiranya terdapat satu jenis kereta yang berjaya menggabungkan kesemua itu dalam sebuah pakej lengkap, jawapannya adalah sport utility vehicle (SUV).

Tidak kiralah sama ada anda merupakan seorang eksekutif muda, ibu bapa urban atau sekadar pencinta jalan raya, ada sesuatu tentang SUV yang membuatkan penggunanya tampak lebih ‘cool’. Tapi apa sebenarnya yang buat SUV tu tampak bergaya dan terasa best bila dipandu?

Ayuh kami kongsikan 5 ciri SUV yang buat hidup anda bukan sahaja lebih senang, tapi juga lebih bergaya.

1. Rekaan Yang Gagah Dan Penuh Gaya

SUV
Sumber: Car and driver

Sekali pandang sudah cukup untuk menggambarkan ‘kegagahan’ sebuah SUV. Untuk pengetahuan, rekaan SUV moden pada hari ini banyak diinspirasikan daripada garisan agresif, lampu LED yang tajam, gril yang dominan dan rim besar yang membuatkan sesebuah SUV tu tampil penuh gaya.

Tidak hairanlah bila parkir, kereta jenis SUV akan lebih dominan berbanding kereta jenis kompak atau sedan.

2. Ruang Yang Luas

5 Ciri SUV Yang Membuatkan Hidup Anda Rasa Lebih 'Cool'
Sumber: Carwow

Sama ada anda bujang atau berkeluarga, ruang dalam SUV sangat membantu dalam menawarkan ruang but yang besar untuk letak segala keperluan dan kelengkapan anda.

Nak buat mini roadtrip last minute? Nak bawa basikal lipat atau bawa 5 ahli keluarga pergi kenduri? Semuanya boleh dengan SUV.

Oh ya, anak-anak anda pasti lebih selesa untuk tidur di bahagian tempat duduk belakang. Sesuai sangat untuk digunakan apabila balik kampung.

3. Tinggi Dan Dominan Di Jalan Raya

5 Ciri SUV Yang Membuatkan Hidup Anda Rasa Lebih 'Cool'
Sumber: NST

Pemandangan dari tempat duduk pemandu SUV memang berbeza berbanding kereta jenis sedan. Anda akan mempunyai pandangan yang lebih luas. Dalam erti kata lain, anda boleh nampak lebih jauh ke depan serta lebih aware dengan persekitaran

Kedudukannya yang lebih tinggi secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pemandu.

Paling penting, apabila lalu pada jalan tidak rata atau kawasan banjir yang tidak serius, SUV masih mampu untuk meredah dengan baik.

4. Teknologi Terkini Yang ‘Smart’

Sumber: Subaru

Jika dahulu apabila sebut mengenai SUV, pasti ramai yang berpendapat kenderaan ini hanya sesuai untuk digunakan bagi jalan offroad sahaja.

Namun, SUV keluaran terkini ditawarkan dengan teknologi dan ciri yang lebih moden, bersesuaian dengan keperluan pengguna pada kini.

Hadir dengan teknologi serba moden membolehkan pengguna menikmati sambungan Apple CarPlay atau Android Auto. Selain itu, kebanyakan SUV moden kini turut ditawarkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti blind spot monitor, adaptive cruise control, lane keep assist dan banyak lagi.

5. Versatil Untuk Semua Gaya Hidup

5 Ciri SUV Yang Membuatkan Hidup Anda Rasa Lebih 'Cool'
Sumber: Snowys Outdoors

Nak nampak profesional masa pergi meeting? SUV. Nak bawa pasangan ‘short getaway’ ke Cameron Highlands? SUV. Nak ke pasar beli barang dapur minggu depan? SUV.

Tidak kira gaya hidup anda sama ada aktif, kasual, urban atau lasak, SUV sedia memudahkan pengguna.

Kesimpulan

Memiliki SUV bukan hanya tentang saiz atau kuasa enjin. Ia tentang bagaimana kenderaan itu melengkapkan gaya hidup anda baik dari segi fungsi, teknologi, hingga ke gaya hidup.

Jadi kalau anda tengah fikir untuk ‘upgrade’ kereta, mungkin sudah tiba masanya untuk cari SUV yang buat anda rasa lebih ‘cool’ atas jalan raya namun masih menawarkan praktikaliti.

Kalau anda rasa artikel ni bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang tengah survey kereta baharu. Mana tahu, anda bakal jadi inspirasi mereka untuk hidup lebih bergaya.