Semua orang sedia maklum sifat ‘keegoan’ sangat menebal dalam jenama Ferrari sejak zaman pengasasnya, Enzo Ferrari masih hidup lagi, apabila beliau menolak maklum balas yang diberikan mentah-mentah daripada pengusaha traktor berjaya, Ferrucio Lamborghini.

Beberapa tahun lalu, Ferrari menolak idea untuk membina kereta bersaiz besar atau SUV, walaupun pesaingnya dari Jerman, Porsche membuktikan terdapat penambahan jualan selepas menawarkan model SUV ‘Cayanne‘ dan ‘Macan‘ kepada pelanggannya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

“Awak perlu tembak saya dahulu,” bukti keegoan dizahirkan oleh mendiang Sergio Marchionne, Pengerusi Ferrari pada 2016, apabila Bloomberg bertanya kepada beliau sama ada syarikat kereta mewah Itali itu akan menutup kerugian dengan memenuhi permintaan pelanggan menawarkan model SUV pada ketika itu.

Bagaimanapun Ferrari berubah arah apabila syarikat kereta mewah itu mengesahkan mereka akan melancarkan model SUV pertama mereka yang dikenali sebagai — Purosangue — pada September nanti.

Ferrari sahkan SUV berlogokan kuda itu didakwa bakal dikuasakan dengan enjin V12. Bagaimanapun, banyak spekulasi mendakwa SUV tersebut mungkin turut ditawarkan dengan enjin V6 dan pluginhybrid V8, sebagaimana pesaing-pesaingnya sedang tawarkan dalam pasaran ketika ini.

Pun begitu, ‘ego Enzo Ferrari‘ masih mengalir dalam syarikat tersebut apabila mereka menegaskan Ferrari Purosange bukanlah sebuah SUV, sebaliknya ia mahu dikenali sebagai — FUV — Ferrari Utilities Vehicles.

Sementara menunggu pelancaran rasminya, anda boleh lihat dua gambar Ferrari Purosangue berada di dalam kilang yang pernah tertiris pada akhir bulan Mac lalu.

Sumber Gambar: Instagram @Varryx_
Sumber Gambar: Instagram @Varryx_

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lamborghini buktikan memenuhi permintaan pelanggan dapat meningkatkan jualan walaupun dunia dilanda serangan wabak pandemik COVID-19. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Keuntungan Lamborghini Meningkat Selepas Model Urus Laris Di China

Bagaimana Jenama Lamborghini Lahir Selepas Dihina Oleh Enzo Ferrari?

Sumber